CEO Google yang dilantik pada tahun lepas, Sundar Pichai menerima imbuhan sebanyak USD100.5 juta (lebih kurang RM396 juta) dari Google.

Sebagai perbandingan, imbuhan yang diterima oleh CEO firma terkenal dunia pada tahun 2014 adalah sekitar USD16.3 juta sahaja. CEO syarikat lain pasti iri hati dengan apa yang dicapai Pichai yang hanya memegang jawatan itu baru setahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gaji tahunan computer engineer kelahiran India ini hanya USD652,500. Tetapi imbuhan ini adalah sebagai bonus untuk Pichai kekal menjadi CEO di Google, tidak mahu Pichai ‘dicantas’ oleh syarikat pesaing Google.

Pichai, yang sebelum ini merupakan eksekutif Google yang bertanggungjawab untuk divisyen Chrome dan Android dikenali rakan sekerjanya sebagai CEO ‘day to day’ yang lebih baik berbanding CEO mereka sebelum ini, Larry Page.

Pada bulan Ogos, Larry Page mengumumkan penstrukturan semula Google dan memecahkan Google kepada banyak bisnes standalone, antaranya bisnes alatan rumah pintar, bisnes dalam bidang sains dan Google sendiri; yang semuanya duduk di bawah satu bumbung syarikat yang dikenali sebagai Alphabet.

Page sekarang ini menjadi CEO Alphabet dan memberi peluang untuk Pichai melaksanakan kerja day-to-day(rutin harian) CEO Google yang sebelum ini dipegang oleh Page. Peluang yang diberi oleh Page kepada Pichai itu dilaksanakan dengan baik oleh Pichai. Dengan pencapaian Google yang semakin baik dari masa ke semasa, memang padan imbuhan yang diterima Pichai.

Sumber