Mungkin sebelum ini ada yang tertanya-tanya berapakah jumlah pendapatan yang diterima oleh perdana menteri Malaysia dan juga ahli-ahli politik terutamanya mereka menganggotai pentadbiran negara ketika ini.

Buat anda yang masih tertanya-tanya, Senarai Perisytiharan Harta yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) melalui Portal Perisytiharan Harta ini mungkin boleh menjawab sedikit sebanyak rasa ingin tahu anda sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun tidak menyatakan dengan terperinci berapakah gaji yang diterima namun senarai tersebut menyenaraikan jumlah pendapatan bulanan serta aset yang dimiliki ahli-ahli politik ini.

107772688_1791723890968231_770921105237291177_n
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin (FOTO: PARLIMEN MALAYSIA)

Mendahului senarai tersebut sudah pastinya perdana menteri kita sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencatatkan pendapatan bulanan tertinggi dengan jumlah sebanyak RM 93,841.65.

Bukan sahaja mempunyai pendapatan yang hampir mencecah angka seratus ribu namun perdana menteri juga turut disenaraikan memiliki aset yang dianggarkan bernilai antara RM10 juta sehingga RM15 juta.

Mengikuti perdana menteri di tangga kedua pula adalah Menteri Di Kementerian Wilayah Persekutuan iaitu Tan Sri Annuar Musa dengan pendapatan bulanan sebanyak RM 87,877.20 dan jumlah aset yang difahamkan melebih nilai RM20 juta.

Mengekori rapat Tan Sri Annuar Musa di kedudukan ketiga dan keempat jika disusun mengikut jumlah pendapatan bulanan pula adalah Timbalan Menteri Di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan juga Menteri Di Kementerian Dalam Negeri iaitu Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin.

Capture

Selain daripada lima individu di atas, turut melengkapkan senarai sepuluh ahli politik yang menerima pendapatan bulanan tertinggi adalah empat lagi menteri dan seorang timbalan menteri dengan pendapatan sekitar RM 64,087.41 sehingga RM 69,186.48.

Mereka ini termasuk Menteri Kanan Di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan juga Menteri Di Kementerian Pengangkutan Dr Wee Ka Siong.

Berikut adalah jumlah pendapatan yang diterima mereka berdasarkan tangkap layar yang diambil daripada Portal Perisytiharan Harta SPRM.

Capture2

Secara kesimpulannya, senarai yang dikeluarkan melalui perisytiharan harta itu memberikan gambaran sebenar tentang berapakah jumlah pendapatan bulanan yang diterima oleh ahli-ahli pentadbiran kerajaan di Malaysia ini.

Jika senarai yang kami muatkan tidak menyenaraikan pendapatan ahli politik atau individu yang ingin diketahui, anda boleh menyemak sendiri pendapatan serta aset yang dimiliki mereka di Portal Perisytiharan Harta oleh SPRM ini di sini.

Baca juga penjelasan mengenai lagu terbaru daripada Joe Flizzow bertajuk Kuasa yang dikatakan ada menyentuh tentang budaya politik di Malaysia di pautan di bawah. 

Benarkah Lagu Baharu Joe Flizzow Cerita Tentang ‘Scene’ Politik Malaysia?

Agong Dan Ahli Parlimen Berdiri Sebagai Penghormatan Kepada ‘Frontliner’ COVID-19

Remaja Australia Akui ‘Menyesal’ Telurkan Kepala Ahli Politik