Kali ini saya akan kongsikan daripada percubaan saya sendiri tentang tukaran wang asing di luar negara. Ini tidak termasuk dengan agent pertukaran wang. Trick ini boleh digunapakai di seluruh negara asing.

Saya cuba menggunakan 3 kad yang aku ada iaitu BigPay (Mastercard), Maybank (Visa) dan juga CIMB (Mastercard).

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →
Kad Terbaik 1

3 kad yang digunakan: CIMB, Maybank dan bigpay

Antara 3 kad ini yang manakah paling jimat (ketika buat tukaran)? Cuba teka sebelum meneruskan bacaan. Sudah teka? Mari kita lihat keputusannya.

Kadar tukaran wang di internet pada 10/08/2019 yang boleh andei semak sendiri di Xe Exchange adalah 10,000¥ (Yen) = RM395.92.

Untuk setiap kad, saya akan keluarkan wang Jepun (yen) sebanyak 10,000¥ untuk melihat sendiri nilai pertukarannya. (Boleh semak di ruangan bukti paparan screenshot).

1. Maybank (visa): 10,000¥ = RM416.19
2. Cimb (Mastercard): 10,000¥ = RM415.45
3. Bigpay (Mastercard): 10,000¥ = RM405.70

Kad Terbaik 2

Kad Terbaik 3

Kad Terbaik 4

Maka terbuktilah bahawasanya BigPay merupakan kad yang paling jimat untuk keluarkan wang asing jika anda berada di luar negara. Dan bagaimana untuk mendaftar bigpay ini? Tekan sahaja di link ini dan masukkan code yang saya beri ini dan nanti dapat free RM10 dalam kad dan dah siap daftar nanti kad akan dihantar ke rumah. Senang.

Link: http://bigpay.link/referrals
Referral code: T0V2HUE5G5

Bagaimana untuk lebih jimat? Ok, saya teruskan lagi bereksperimentasi dengan pengeluaran sikit dan banyak iaitu 10,000¥ dan juga 100,000¥ menggunakan kad yang paling jimat iaitu BigPay.

Internet XE Exchange: 10,000¥ (Yen) = RM395.92

Keluaran di bigpay card:
10,000¥ = RM405.70
100,000¥ = RM3,966.38

Ternyata pengeluaran banyak lebih menjimatkan daripada pengeluaran sikit-sikit. Bagi pengeluaran 100,000¥ pada percubaan saya yang lepas, BigPay paling menjimatkan diikuti maybank dan terakhir CIMB.

Selamat mencuba. Jika artikel ini berguna, silakan kongsi untuk dijadikan rujukan buat sahabat yang lain. Terima kasih.

WIA
tidak akan berhenti berkongsi

P/S: Tukaran ini berdasarkan pertukaran wang yang dibuat di Jepun. Kad BigPay tetap boleh digunakan di negara lain cuma pertukarannya mungkin berbeza. Jika anda pernah cuba, boleh kongsi di ruangan komen.

Artikel di atas disumbangkan oleh Jeroong Wia. Beliau merupakan pengembara yang banyak berjalan di Jepun dan sangat mahir perihal negara Matahari Terbit Ini. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka