Setiap masyarakat pastinya mempunyai pakaian tradisi masing-masing tidak kira masyarakat Melayu, Cina, India mahupun Korea. Orang ramai sejak dari kecil lagi sudah mulai diajar untuk menghormati adat dan budaya setiap masyarakat serta elakkan menyentuh sensitivi masyarakat lain agar dapat terus hidup dalam keadaan yang harmoni.

Dalam pada itu, baru-baru ini tular pula sebuah video yang dirakam oleh Ryzal Ibrahim sendiri yang ‘bergurau’ dalam menyentuh sensitiviti masyarakat Iban bersama isterinya yang berasal dari Korea iaitu Maryam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video yang tular serta sudah dipadam oleh Ryzal Ibrahim selepas menerima kecaman, beliau selaku pereka fesyen seolah menghina pakaian tradisi masyarakat Iban dalam ‘gurauan’ dengan melabelnya sebagai kain buruk. Bukan itu sahaja, aksesori yang tersedia pada pakaian tersebut turut dilabel sebagai ‘kain meja’ dan ‘kain alas TV’.

‘Gurauan’ beliau yang dianggap melampau ini nampaknya telah membuatkan mereka daripada masyarakat Iban berang dengan gurauannya. Malah, para netizen juga kurang senang dengan jenaka yang dibuat.

Screenshot 2021-05-27 at 10.07.43 AM
Sumber: Facebook DurianKimchi
Screenshot 2021-05-27 at 10.08.02 AM
Sumber: Facebook DurianKimchi
Screenshot 2021-05-27 at 10.08.24 AM
Sumber: Facebook DurianKimchi

Ryzal Ibrahim tampil memohon maaf

https://www.instagram.com/p/CPWN0y3pDcw/

Berikutan tindakan beliau yang bergurau melebihi batas serta menerima kecamaan di Facebook dan Instagram, Ryzal Ibrahim tampil dengan video permohonan maaf  kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di Sarawak. Beliau mengakui tidak menjaga sensitiviti dan bergurau melebihi batas bersama isterinya.

Diharap situasi atau jenaka yang sama tidak lagi berulang melihatkan negara Malaysia yang didiami oleh berbilang kaum sekaligus dapat menjaga hati dan sensitiviti orang ramai.

Tular baru-baru ini apabila YB Tajudin yang hadir ke sidang media dengan memakai pelitup muka yang dilengkapi sistem pembersihan udara bernilai RM1,699.

Dilengkapi Teknologi Pembersihan Udara, Pelitup Muka Bernilai RM1,699 YB Tajuddin Jadi Perhatian Netizen

Wanita Ini Dakwa Tidak Tahu ‘Mask’ Wajib Dipakai, Beri Alasan Baru Pulang Bercuti Dari Scotland