Bill Gates sering menjadi sosok yang mendapat perhatian dari seluruh masyarakat di dunia. Tidak kira jika anda penganut teori konspirasi atau pun kumpulan kanan yang mengikuti rapat kajian-kajian pakar, Bill Gates pastinya menjadi salah satu sumber untuk anda rujuk bagi mendapat idea atau situasi terkini isu-isu yang terjadi di sekitar.

Terbaharu, melalui laporan CNBC, Bill Gates sekali lagi menjadi rujukan apabila beliau ditanya beberapa soalan berhubung COVID-19 oleh netizen di Twitter. Perbincangan yang berlangsung di media sosial ini berputar sehinggalah kepada persoalan yang sering menjadi tanda tanya semua orang; adakah wabak COVID-19 akan berakhir walaupun dunia kini diserang varian Omicron? Dan apa yang akan berlaku jika ia berakhir?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengasas Microsoft menjawab pelbagai soalan yang diajukan mengenai wabak yang sudah melanda dunia sejak tahun 2020. Individu yang bertanggungjawab bertanya soalan-soalan ini adalah Devi Sridhar, Pengarah Tadbir Urus Kesihatan Global dan Profesor di Universiti Edinburgh School of Medicine, Scotland.

Bagi soalan pertama; bila dan bagaimana COVID-19 akan berakhir walaupun dengan kewujudan varian baharu iaitu Omicron. Bill Gates menyatakan bahawa varian Omicron akan menguji sistem kesihatan dunia apabila berlakunya lonjakan kes dan kumpulan yang paling teruk sekali menerima kesan ini adalah mereka yang tidak diberi vaksin. Bagaimanapun, menurut Gates, masih ada harapan sekiranya gelombang Omicron berjaya dilalui oleh setiap negara, di mana COVID-19 akan mula dirawat seperti selesema biasa saja.

Selain itu, Gates turut menyentuh mengenai vaksin. Baginya, vaksin COVID-19 yang lebih baik dan tahan lebih lama diperlukan untuk membantu menamatkan pandemik COVID-19.

Gates turut menjawab soalan mengenai asal usul COVID-19. Menurutnya, kajian yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2021 tidak memberikan jawapan yang pasti dan tidak hairanlah topik ini masih diperdebatkan. “Orang ramai akan terus membuat spekulasi tentang perkara ini dan kami perlu memastikan makmal berhati-hati. Akan ada wabak pada masa hadapan yang datang dari spesies lain jadi kita perlu melabur dalam persediaan,” kata Bill Gates.

Bill Gates ramal akan berlaku 2 bencana besar di masa hadapan, bakal bunuh lebih ramai orang. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Bill Gates Ramal Akan Berlaku 2 Bencana Besar Di Masa Hadapan, Bakal Bunuh Lebih Ramai Orang

Bill Gates Dakwa Bitcoin Bahaya, Minta Ia Diharamkan

Puteri Bill Gates Langsungkan Akad Nikah Secara Islam Dengan Pemuda Mesir Dalam Majlis Bernilai RM8 Juta