Ketika ini semakin ramai yang berminat untuk menjadi pemandu e-hailing secara sepenuh masa atau secara sambilan. Ya lah, kalau buat secara sambilan dapat tambah duit poket secara bulanan kan? Dapat belanja keluarga atau girlfriend lebih sedikit bila ada duit poket extra setiap bulan.

Servis e-hailing juga banyak pilihannya di Malaysia tetapi pernah atau tidak anda terfikir perkhidmatan mana yang terbaik dan pada masa yang sama akan menjaga kebajikan anda sebagai pemandu?

Ha, disinilah Grab berbeza dengan perkhidmatan e-hailing yang lain. Kenapa Grab? Sebab Grab sentiasa mahu jadi #BetterEveryday dengan menyediakan perkhidmatan e-hailing terbaik di Asia Tenggara.

grab-new-app

Dalam memastikan keselamatan pengguna dan pemandu sentiasa di tahap terbaik berbanding perkhidmatan yang lain, Grab adalah satu-satunya syarikat di Malaysia yang mengambil langkah menyeluruh dalam menyaring setiap pemandu sebelum mereka boleh memandu bersama Grab. Terbaik kan?

Ketika ini, setiap permohonan baru perlu melepasi 5 level pemilihan (dari pengecamanan identiti hingga melepasi ujian) supaya pemandu baharu yang menyertai perkhidmatan Grab adalah pemandu yang berkelayakan dan dapat memandu dengan baik. Berikut adalah 5 level yang perlu dilalui setiap pemohon baharu:

Screenshot_Change Destination mid trip_Grab Smudge Face

1. Pengenalan diri dan dokumen kereta yang lengkap – Pemandu perlu menyediakan salinan kad pengenalan, lesen memandu, insuran kereta yang sah serta salinan geran kereta.

2. Background check – Pemohon baru mestilah tidak pernah mempunyai rekod kesalahan dengan PDRM dan tidak mempunyai lebih 3 saman dalam tempoh setahun (termasuk kes memandu laju, langgar lari dan lain-lain). Pemohon berusia 50-69 tahun pula perlu mempunyai surat pengesahan kesihatan untuk menunjukkan bahawa anda masih mampu untuk memandu kereta.

3. Pengesahan identiti secara ‘face-to-face’ – Pemohon baru perlu menghadiri temubual secara bersemuka di mana-mana cawangan Grab Driver Center, Grab Driver Kiosk ataupun dengan Grab Alpha, iaitu perekrut pemandu yang dibernarkan.

4. Had usia kenderaan – Hanya kenderaan berusia 10 tahun ke bawah dibenarkan untuk beroperasi dengan Grab.

5. Latihan dan ujian – Pemohon perlu melalui latihan secara online atau offline. Latihan ini termasuk sesi belajar tentang ‘safety and code of conduct’. Pemohon juga perlu lulus dalam ujian yang diberi selepas sesi latihan.

Mudah sahaja sebenarnya tetapi pasti akan ada yang kata macam ‘banyak kerja’ pula untuk daftar jadi pemandu Grab. Tetapi semuanya untuk keselamatan dan kesenangan kita bersama. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Betul kan?

Bill Hader

Tambahan lagi, Grab juga sentiasa menjaga kebajikan pemandu Grab dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang tersedia dalam aplikasi Grab. Ini termasuklah pengesahan penumpang (penumpang cuma akan disahkan sekiranya mereka login akaun media sosial atau kad kredit) dan juga laporan mingguan yang disediakan untuk memberi pemandu peluang untuk meningkatkan keselamatan pemanduan mereka.

Lepas itu, apa yang anda akan dapat jika memandu dengan Grab? Memang banyak kelebihannya! Anda akan dapat banyak manfaat di lokasi dan servis yang menjadi rakan niaga Grab seperti pengisian petrol, pelan terbaik untuk telefon pintar dan banyak lagi.

Anda juga turut akan mendapat manfaat pampasan sekiranya anda mendapat pick-up job yang jauh, anda memandu pada waktu sibuk dan jalan yang sesak. serta komisyen sekiranya anda menjadi referral untuk pemandu baru menyertai Grab. Seronok kan?

Segalanya lebih mudah dan selamat apabila anda memilih Grab. Berminat untuk menyertai Grab? Anda tekan sahaja di sini. Jom Grab!