Tahukah anda bahawa oat adalah makanan bijiran penuh yang tinggi kandungan fiber. Ia turut membekalkan nutrien penting di samping memberikan lebih banyak manfaat pemakanan berbanding kebanyakan makanan lain.

Oat juga hadir dalam pelbagai bentuk, antara yang sering dilihat adalah biskut oat. Biskut oat mempunyai kelebihan untuk mendapatkan nutrien penting.

Men health

Ia memberikan banyak faedah pemakanan berbanding biskut biasa yang terdapat di pasaran, terutamanya jika anda membuatnya sendiri atau memilih biskut yang sudah terjual di pasaran.

Oat kaya dengan nutrien

Oat mempunyai nilai pemakanan yang baik. Oat adalah sumber serat dan karbohidrat yang penting, ia juga mengandungi sejumlah besar protein dan lemak jika dibandingkan dengan bijirin lain. Oat juga kaya dengan vitamin dan mineral penting bagi mereka yang suka mengamalkan gaya hidup sihat.

Kenapa oatmeal baik untuk kecergasan dan otot anda?

Oat merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat. Karbohidrat penting dan berfungsi sebagai sumber tenaga yang diperlukan oleh otot ketika melakukan senaman.

Freepick

Selain itu, oat dihadam pada kadar yang perlahan dan jika anda menikmatinya sebelum bersenam, badan anda akan menjadi lebih bertenaga.

Pengambilan oat sebelum bersenam telah terbukti meningkatkan prestasi senaman kerana oat mempunyai gentian beta-glucan yang membantu pelepasan tenaga yang perlahan (slow energy release) yang akhirnya dapat membekalkan tenaga sepanjang tempoh bersenam.

Oat juga mempunyai sejumlah besar zat besi yang membantu membawa oksigen ke otot sepanjang anda bersenam di samping membantu mengawal paras gula dalam darah.

Oat bagus untuk mengawal berat badan anda

Tahukah anda bahawa oat mempunyai kemampuan untuk mengawal pencernaan dan penyerapan nutrien. Ia bagus untuk mereka yang ingin menurunkan atau mengekalkan berat badan.

Medical News Today

Oat secara amnya boleh membuatkan anda terasa lebih kenyang dan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan.

Oat mengandungi protein yang tinggi berbanding dengan bijirin lain

Oat juga berfaedah kepada mereka yang mengamalkan senaman berintensiti tinggi seperti bersenam dengan mengangkat berat. Ini kerana oat mempunyai protein yang tinggi, iaitu 40 gram oat akan memberikan anda sekitar 7 gram protein.

Walaupun kualiti protein di dalam oat tidak sama seperti protein di dalam daging atau ayam, namun jika anda mengambil oats sebagai sebahagian daripada diet anda, ia akan meningkatkan pengambilan protein dengan lebih mudah.

Jika anda tercari-cari makanan sihat ini, Myziff Bakers ada mengeluarkan biskut oatmeal yang sesuai untuk anda yang mahukan gaya hidup sihat dan aktif sepanjang masa. Ia boleh didapati dengan tiga perisa iaitu Almond Oatmeals Cookies, Chocolate Oatmeals Cookies dan Fruity Oatmeals Cookies.

Resipi Biskut Oatmeals keluaran Myziff Bakers mengandungi 50% oat, tidak mengandungi telur di dalam ramuan, tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan, 100% semula jadi dan halal serta boleh memberikan anda tenaga dan memberikan anda nutrien yang diperlukan setiap hari.

Jom dapatkan Biskut Oatmeals keluaran Myziff Bakers terus secara dalam talian di Shopee.

Jangan lupa ikuti Myziff Bakers di laman Instagram dan Facebook untuk kemas kini terbaharu mengenai pelbagai produk makanan dengan gaya hidup sihat.