Setiap kali anda membeli hidupan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam dan lain-lain di pasaraya, adakah anda tahu cara yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap hidupan laut tersebut?

Pasti anda ketahui akan kaedah bom ikan yang telah diharamkan oleh pihak berkuasa di mana kaedah tersebut sebenarnya boleh merosakkan ekosistem dalam laut. Baru-baru ini, Adam Fairuz telah berkongsi sedikit sebanyak informasi mengenai bom ikan dan kemusnahan yang disebabkan oleh ia di Twitter miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, kegiatan bom ikan ini merupakan tradisi turun temurun dari kumpulan nelayan air cetek. Pasti anda tertanya-tanya, kemusnahan bagaimana yang boleh berlaku disebabkan kegiatan ini bukan? Baca perkongsian Adam di bawah ini:

1. Apa itu kaedah letupan?

bombing fising
Sumber: National Geogtaphic

Memancing menggunakan kaedah letupan atau bom ikan adalah amalan menggunakan bahan letupan untuk mengejutkan atau membunuh sekumpulan ikan bertujuan untuk mendapat ikan dengan cara yang mudah.

Kegiatan ini menyalahi undang-undang kerana boleh merosakkan ekosistem di sekelilingnya, kerana letupan sering memusnahkan habitat asas seperti terumbu karang yang menyokong habitat ikan. Teknik menangkap ikan menggunakan letupan ini juga bermaksud ianya bahaya untuk nelayan juga di mana boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

2. Punca kegiatan bom ikan tidak dapat dibendung.

The Straits times
Sumber: The Straits Times

Walaupun telah diharamkan, amalan ini masih tersebar luas di Asia Tenggara, serta di Laut Aegean, dan persisir Afrika. Di Filipina, di mana amalan itu telah didokumentasikan dengan baik. Malah, memancing menggunakan letupan telah diketahui sebelum Perang Dunia I lagi, kerana aktiviti ini disebut oleh Ernst Jünger dalam bukunya ‘Storm of Steel’.

Satu laporan pada tahun 1999 menganggarkan bahawa kira-kira 70,000 nelayan (12% daripada jumlah nelayan Filipina) terlibat dalam amalan itu. Ini amatlah membimbangkan kerana terdapat bukti bahawa sesetengah pihak berkuasa terlibat dalam gejala rasuah. Para penyelidik juga percaya bahawa amalan yang merosakkan seperti memancing menggunakan letupan adalah salah satu ancaman terbesar kepada ekosistem terumbu karang.

3. Malaysia juga terlibat.

IMG_0764
Sumber: Clean Malaysia

Pastinya Malaysia juga tidak terkecuali dari aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini. Satu tinjauan pada tahun 1998 menunjukkan bahawa 3.75% terumbu karang di Sabah telah dimusnahkan setiap tahun. Jika keadaan tidak bertambah baik, ini bermakna bahawa semua terumbu karang yang ada di Sabah akan hilang sebelum tahun 2020.

Selain itu, kekurangan dana, kakitangan dan kemudahan untuk penguatkuasaan, serta ditambah dengan kekurangan pengetahuan dan kesedaran antara punca kemusnahan ekosistem dalam laut. Malah, kekurangan keinginan untuk mengetengahkan isu ini dalam politik bermakna kemusnahan akan berterusan dan masa depan terumbu karang ini boleh dijangka. Di Sabah, pendaratan ikan jatuh sebanyak 44% dalam tempoh 10 tahun.

4. Keadaan kawasan dalam laut yang terjejas.

D_tc5OzUcAEjSZv
Sumber: Google

Kawasan terumbu karang yang terkena letupan bom ikan ini tidak jauh seperti kesan medan perang, hanya tinggal sisa runtuhan dan kemusnahan. Kesan jangka panjang yang berkaitan dengan tangki letupan adalah bahawa tidak akan ada pemulihan semula jadi terumbu.

Terumbu karang kurang cenderung untuk pulih daripada gangguan berterusan seperti aktiviti bom ikan ini. Bom ikan ini akan memusnahkan kerangka karang kalsium karbonat yang merupakan salah satu gangguan terumbu karang yang berterusan.

5. Kesan aktiviti bom ikan.

1
Sumber: Google

Di Indo-Pasifik, amalan bom ikan adalah penyebab utama penurunan degradasi terumbu karang. Akibatnya, kawasan runtuhan terumbu karang yang lemah telah terbentuk dan habitat ikan berkurangan.

Terumbu karang yang rosak dari aktiviti bom ikan ini menyebabkan penurunan secara drastik dalam kekayaan dan kuantiti spesies ikan. Bahan letupan yang digunakan dalam aktiviti bom ikan bukan sahaja membunuh ikan tetapi juga menghancurkan rangka batu karang, dan mewujudkan runtuhan karang yang tidak seimbang.

Penghapusan ikan juga dapat menghilangkan daya tahan terumbu karang terhadap perubahan iklim, seterusnya menghalang pemulihan mereka. Dengan satu letupan sahaja boleh menyebabkan terumbu karang pulih selepas 5-10 tahun. Lantaran letupan meluas atau berulang kali seperti yang sering diamalkan, mengubah ekosistem biodiverse ini menjadikan runtuhan tidak stabil secara berterusan. Jika aktiviti ini tidak dibendung, akan terjadi tindak balas berantai terhadap ekosistem ini.

Perkongsian Adam Fairuz ini pastinya dapat membuka minda anda dan mengetahui kepentingan untuk tidak melakukan aktiviti yang dapat menggangu ekosistem kita. Pastinya apabila banyak terumbu karang yang mati, ikan juga akan berkurangan dan kita juga akan kehilangan sumber protein sedikit demi sedikit.

Aktiviti pemuliharaan juga telah dilakukan oleh beberapa pihak sebelum ini seperti Reef Check Malaysia, Malakoff dan banyak lagi pihak. Semoga aktiviti tidak bertanggungjawab seperti mengebom ikan ini dapat dikekang dan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan terumbu karang ini dapat dilakukan dengan lebih meluas lagi.

Sumber