Hari ini merupakan hari yang menyedihkan buat peminat Marvel apabila dilaporkan Spider-Man mungkin tidak akan muncul lagi di Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas Disney dan Sony Pictures tidak lagi bersepakat.

Sony Pictures menerusi laman Twitter telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu hangat ini. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige dilaporkan tidak akan lagi campur tangan dalam urusan franchise Spider-Man. Sony Pictures dikatakan sangat kecewa tetapi menghormati keputusan Disney untuk tidak menjadikan Feige sebagai producer untuk filem akan datang Spider-Man.

Iskarnival 2019 Cover
HYPE
Mengapa Anda Perlu Terjah Acara Epik Iskarnival Eko 2019 Hujung Minggu Ini
Baca lagi →

Sony Pictures turut berharap ianya akan berubah di masa akan datang dan dengan pelbagai watak baharu yang akan beliau uruskan, Sony mahu Kevin fokus untuk mengembangkan watak-watak berkenaan dan ‘tidak mengendalikan IP yang bukan milik mereka (Spider-Man)’.

Sony Pictures memuji Kevin sebagai seorang insan yang hebat dan sangat menghargai bantuan serta tunjuk ajar beliau berikan selama ini. Sony Pictures akan terus mengikut ‘laluan’ yang telah Kevin bina.

Berdasarkan kenyataan ini, Spider-Man dilihat masih kekal dalam dunia MCU cuma Kevin Feige tidak lagi akan campur tangan dalam sebarang urusan berkaitan Spider-Man. Kevin Feige sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi harapnya isu ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik.

P/S: Stan Lee sendiri sangat menyukai Tom Holland sebagai Peter Parker kerana bagi Stan, Tom adalah pelakon yang paling layak untuk watak Spider-Man. Harap Sony Pictures tidak ‘bunuh’ Tom Holland sebagai Spider-Man jika tiada kata sepakat antara Disney dan Sony Pictures.

Anda Mungkin Suka