Kita sedia maklum band terkemuka, Coldplay bakal mengadakan konsert buat julung kalinya di Malaysia pada November ini. Seiring dengannya, penjualan tiket konsert telah habis dibeli namun ada segelintir menjual semula pada harga yang lebih tinggi.

Perkara ini telah menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang berpendapat penjualan semula tiket dengan harga yang lebih mahal adalah sangat keterlaluan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

YB Fahmi Fadzil bakal membangkitkan isu penjualan semula harga tiket konsert Coldplay yang tidak masuk akal ke Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Beliau mengulas perkara itu selepas menerima aduan daripada ramai pengguna media sosial yang tidak berpuas hati selepas tiket yang dijual pihak penganjur konsert habis dijual.

Susulan daripada itu, ramai yang dilihat mengambil kesempatan menjual semula dengan harga yang tinggi kerana mengetahui permintaan untuk mendapatkan tiket konsert tersebut sangat tinggi.

Jualan tiket yang bermula pada 16 dan 17 Mei oleh pihak penganjur dilaporkan telah habis dijual dalam tempoh yang singkat tidak sampai beberapa jam.

Namun begitu disebabkan sifat pembeli yang tidak bertanggungjawab, mereka yang berjaya membeli tiket lebih banyak bertindak menjual semula tiket tersebut pada harga yang lebih tinggi.

Berdasarkan tinjauan di laman web Carousell, terdapat berpuluh-puluh akaun menjual tiket tersebut dengan harga yang lebih tinggi.

Secara purata, setiap penjual akan menjual semula tiket-tiket konsert berkenaan dalam lingkungan harga RM2,000RM8,000, bergantung pada kelas dan jumlah tiket.

Pihak penganjur turut mengingatkan orang ramai agar tidak membeli tiket -tiket konsert tersebut menerusi penjual yang tidak bertauliah.

“Kami mengingatkan orang ramai untuk tidak membeli tiket daripada sumber yang bertauliah atau laman web pihak ketiga.”

“Tindakan membeli tiket melalui kaedah yang tidak bertauliah, pembeli perlu menghadapi risiko kerana kesahan tiket berkenaan tidak dapat disahkan, serta tidak layak menerima pampasan.”

Sebagai peringatan, anda jangan sesekali membeli tiket tersebut pada harga melampau dek kerana terdesak mahu menghadiri konsert. Dengan ini, anda boleh menghapuskan budaya scalper yang kian menular di dalam Malaysia.

Sumber