Semalam ramai yang beri pelbagai respon apabila kami menulis tentang seorang lelaki Malaysia melamar kekasihnya di konsert Coldplay yang berlangsung di Australia. Anda boleh baca penuh di sini.

Ini pula ialah kisah di sebalik apa yang berlaku sebelum dan semasa pada pasangan tersebut di konsert Coldplay, A Head Full Of Dream World Tour 2016 di Stadium Etihad, Melbourne.

Minat Coldplay Sejak Kecil

Muhammad Faez, 27, pemilik syarikat start-up dan Annuura Rasnatrazia, 25, pengurus pemasaran, telah mengenali satu sama lain sejak 2013 dan semakin rapat pada 2014.

Antara topik awal mereka pada waktu itu ialah berkaitan muzik. Apatah lagi mereka mempunyai minat yang sama apabila sebut soal muzik. Mereka juga suka menginterpretasi maksud lagu dan berbincang tentang inspirasi pemuzik yang menulis lagunya sendiri.

Ever since we got together in 2014, all we talk about was our dreams and one of it was to meet our inspiration; Chris Martin.

Annuura sendiri meminati Coldplay sejak umur 9 tahun ketika EP Shiver (2000) dikeluarkan sehingga ia dijadikan muzik pilihan di dalam Walkman dan wake up call dia.

Waktu itu dia sanggup kumpul duit belanja untuk beli kaset Coldplay. Malah pernah bercita-cita jadi saintis pada usia 14 tahun apabila mendengar lagu Coldplay, The Scientist walaupun dia menyedari “scientist” itu hanyalah metafora dalam lagu tersebut.

I love Coldplay because of the amount of thought that was put into the lyrics of their songs. And the best part about it is that they always have inspirations and stories behind the construction of each song.

Pada awal tahun ini Annuura gagal mendapatkan tiket konsert Coldplay melalui online dan pernah mengadu hal tersebut pada Faez. Tapi Faez turut tak boleh buat apa-apa sebab tiket itu sudah sold out.

Menyedari betapa minatnya Annuura pada Coldplay sejak perkenalan mereka, sebenarnya Faez dalam diam telah berjaya beli tiket itu secara online tanpa pengetahuan Annuura yang sudah kecewa.

I never knew it would be Coldplay tickets and as I opened it I remember throwing the box to the floor out of shock and running and jumping around. I was so so happy.

Faez simpan rahsia itu hingga tiba awal Jun lalu di mana dia telah menghadiahkan Annuura tiket ke konsert Coldplay di Melbourne, Australia sebagai hadiah hari jadi yang menjadi pembuka kisah seterusnya ini.

Minta Izin Keluarga

https://twitter.com/ColdplayAtlas/status/807554040498360321

Sebelum Faez terbang ke Melbourne, dia terlebih dahulu bertemu dengan keluarga Annuura tanpa pengetahuan kekasihnya itu untuk memohon izin bagi melamar Annuura di konsert Coldplay.

Rentetan itu, keluarga Annuura sangat gembira dengan keputusan Faez untuk melamarnya. Jadi, ibu Annuura telah memberikan green light kepada Faez untuk melakukan kejutan tersebut.

Saat Annuura terkejut dan gembira dengan lamaran tersebut, keluarga Annuura telah pun menjangkakan dia dilamar di konsert idolanya. Cuma, bertambah satu lagi kejutan apabila lamaran itu dibuat di atas pentas konsert Coldplay.

Tak Putus Asa Laksanakan Pelan

Kisah di bawah ini diceritakan sendiri oleh Annuura apabila saya tanya kepadanya bagaimana Faez merancang dengan Coldplay untuk satu memorable scene di konsert tersebut.

Annuura:

Panjang ceritanya. Faez is one dedicated man. Pelan awal ialah melamar saya dalam ribuan penonton di konsert semasa lagu kegemaran saya berkumandang, Fix You. But Faez wanted to do something bigger.

Jadi, berbulan sebelum konsert itu bermula, he actually emailed semua manager dan organiser concert Coldplay untuk meminta izin to propose on stage.

Hampir setiap hari dia akan tweet, DM (direct message), insta direct Coldplay untuk tujuan tersebut. Tapi mereka tidak pernah membalasnya. Only one email came back saying that it is impossible to propose on stage and they apologise and told Faez to propose among the crowd.

Faez tetap tidak berputus asa. Dia sentiasa berfikir tentangnya dan dia terfikir akan cara terakhir iaitu to create a banner and catch the attention of Chris Martin himself at the concert. Dia mencetak banner dengan kata-kata: “She’s a huge fan, help him propose” dan arrow showing to him.

He got his best friend to hold up the banner through the concert to get his attention. Dan sepanjang konsert itu berlangsung, saya langsung tak perasan kerana I was at the very front and I never looked back cos my eyes was glued to the concert. Apparently, the banner was right behind me the whole time.

Masa Coldplay menyanyi lagu A Sky Full Of Stars, Chris Martin berhenti separuh jalan dan lakukan satu pengumuman:

I don’t want anyone to miss out on this great engagement story so if everyone is cool with it, we are gonna call this couple to get on stage and get engaged. This is a great story for these guys tonight.

Tetiba tak tahu dari arah mana, the bouncer pulled me out of the crowd dan apa yang saya fikir pada waktu itu ialah: “What just happened?!” Dan Faez juga ditarik untuk naik ke stage.

Pada waktu itu my legs were shaking and I couldn’t walk properly to the stage! Tapi saya sangat sangat gembira. I was still blur and I had no idea I was gonna get proposed. Saya hanya fikir saya bertuah kerana dipanggil naik ke pentas. But after Faez’s speech, I just cried and the rest was history.

Ya, selepas itu video-video yang dikongsikan oleh pasangan ini di Instagram telah viral. Ada netizen yang boleh terima dan ada juga yang mengecam mereka.

Yang pasti peristiwa itu melampaui apa yang diimpikan oleh Annuura yang hanya mahu bertemu dengan Chris Martin yang diminatinya sejak kecil. Dan Faez juga begitu gementar walaupun dia merancang ini hingga berjaya mencuri perhatian Chris Martin.

Don’t stop dreaming! Somehow, someday it will happen. This is a story of our “head full of dreams” that came true.

Kisah Annuura dan Faez ini menunjukkan usaha untuk orang tersayang itu sememangnya bagaikan kata-kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Apa yang Faez usahakan jadi kenyataan dan ia telah pun menggembirakan Annuura. InsyaAllah pasangan ini merancang untuk bernikah pada tahun depan.

Thank you Annuura dan Faez kerana sudi berkongsi kisah dengan Vocket!