Tipulah jika anda tidak pernah lihat meme 6 lelaki berkulit hitam dan bergaya rapi serta mereka membawa keranda sambil menari. Meme ini cukup terkenal di media sosial kerana kelihatan kelakar dan menghiburkan.

Sebenarnya, 6 lelaki berkulit hitam itu merupakan penari untuk The Dancing Coffin dimana mereka dibayar untuk menari ketika berlakunya kematian di Ghana. Majoriti penduduk di Ghana, Afrika Barat beragama Kristian.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Benjamin Aidoo merupakan pengasas untuk tarian kematian di Ghana ini sejak 10 tahun yang lalu. Menurutnya, konsep tarian yang dilakukan ini adalah untuk menghiburkan pihak keluarga yang ditinggalkan agar tidak meratapi kematian.

Untuk pengetahuan anda, tarian kematian ini bukanlah satu tradisi atau adat satu ketika dahulu tetapi ianya trend yang direka untuk menghilangkan ketakutan dan kesedihan masyarakat sepanjang pemakaman dilaksanakan.

Dari satu trend, kini The Dancing Coffin ini menjadi tradisi buat masyarakat di Ghana. Malah, Benjamin Aidoo memiliki pekerja dalam 100 orang untuk menari The Dancing Coffin secara profesional.

Difahamkan, pakaian yang digunakan tidak hanya berwarna hitam tetapi terdapat juga warna hijau dan putih. Setiap warna pada pakaian yang digunakan oleh penari tampil dengan harga berbeza.

Ghana's funeral dancers

These men are bringing fun to funerals in Ghana.

Posted by Al Jazeera English on Wednesday, 17 January 2018

Setiap tempat memiliki budaya yang tersendiri dan mungkin bagi kita ia hanyalah meme tetapi bagi mereka di Ghana ia adalah satu tradisi untuk pengebumian.

Sementara itu, anda mungkin berminat untuk ketahui beberapa kisah tentang meme yang tular di seluruh dunia pada pautan di bawah ini.

Kenali Kucing Di Sebalik ‘Meme’ Yang Tular Di Seluruh Dunia Ini

Lelaki Di Sebalik ‘Meme’ Popular Ini Meninggal Dunia, Rupanya Seorang Artis Komik Terkenal

Suspek Pukul Pengawal Keselamatan Pula Jadi Bahan ‘Meme’ Netizen

Anda Mungkin Suka