Ramai yang meminta saya berkongsi mengenai kisah tentera kita atau lebih tepat lagi Askar Melayu yang sememangnya tahan dengan suhu sejuk dan salji. Oleh kerana ramai minta saya bercerita kejadian-kejadian yang pernah saya alami, baiklah saya akan bercerita sedikit setakat yang saya boleh cerita.

Pada tahun 1995, saya masuk latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja. Setelah 6 bulan, satu pemilihan dibuat untuk memilih antara kadet yang terbaik untuk dihantar sambung ke luar negara. Saya terpilih seorang diri ke Officer Cadets School of New Zealand selama 18 bulan di kem Waiouru, New Zealand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun 1996, saya sedang menjalani latihan perang dalam keadaan amat sejuk kerana ribut salji dan suhu turun sehingga -30 celsius. Sejuknya teramat sehingga baju, seluar dan tali kasut pun beku, serta ramai jurulatih dan kadet dari New Zealand sendiri kena frost bite dan tidak sedar diri disebabkan hypothermia. Saya ini bertahan sekuatnya sahaja. Latihan kami terpaksa dibatalkan dan kami semua diselamatkan segera oleh pihak kem Waiouru berikutan terlalu sejuk!

Dalam pada masa yang sama, ada satu latihan tentera 5 negara sedang berjalan iaitu Exercise SUMAN WARRIOR di kaki Gunung Ruapehu tidak jauh dari kem kami. SUMAN itu ialah gabungan Singapore, United Kingdom, Malaysia, Australia, dan New Zealand. Tentera kita diwakili oleh 1 kompeni iaitu seramai 100 orang dari Batalion ke-4 Rejimen Askar Melayu DiRaja (4 RAMD).

mt_ruapehu_new_zealand_winter_1_927
Gunung Ruapehu

Ketika suhu jatuh ke -30 celsius bawah paras beku, kami di kem Waiouru mula dengar siren ambulan berulang-alik keluar masuk dari hospital kem ke kawasan latihan. Ambulan-ambulan itu berulang-alik sampai 2 hari! Jadi semua tertanya-tanya, apa sudah terjadi? Rupanya ramai tentera yang dalam latihan itu kena hypothermia dan jatuh sakit. Kalau tidak silap saya, berikut merupakan laporan askar yang jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Dilaporkan seramai 15-20 orang askar New Zealand, 10-15 orang askar Bristih, 20-30 orang askar Australia, 50-60 askar Singapura dimasukkan ke hospital dan semuanya disebabkan terkena serangan hyperthermia. Ajaibnya cuma seorang askar Malaysia dimasukkan ke hospital dan itupun bukan disebabkan hyperthermia.

Pelik kan? Ya, tidak ada askar kita masuk hospital disebabkan kesejukan tapi sebab tergeliat kaki. Maka kecohlah seluruh kem Waiouru itu, berikutan masing-masing ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jadi keesokkan harinya, sekolah pegawai kadet buat lawatan ke kawasan latihan Exercise Suman Warrior itu.

Sampai sahaja di kawasan latihan di kaki gunung itu, keadaan amat sejuk, bersalji tebal, mendung, gelap dengan angin kuat. Kami pergi ke setiap tempat askar-askar itu berkhemah. Berikut merupakan aktiviti yang dibuat setiap askar dari negara yang terlibat.

50628548_2002746956441339_2521839981136183296_n

Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan mereka sedang baring kesejukan dalam sleeping beg begitu juga dengan askar British, Australia dan Singapura. Ironinya, askar Malaysia nampaknya tidak berbuat perkara yang sama sebaliknya mereka sedang berseronok bermain takraw, minum kopi panas, goreng cucur dan main salji. Tidak ada seorang pun dalam khemah! Mungkin sebab sejuk sangat sampai tidak reti nak duduk diam!

Ya Allah bangganya saya waktu itu melihat tentera kita. Rupanya yang seorang askar masuk hospital berikutan tergeliat kaki itu sebab terjatuh lubang waktu main takraw! Saya bukan mahu malukan negara-negara lain, tapi nak cerita kekuatan jiwa kita sendiri.

Pengajaran di sini adalah agar anak-anak bangsa kita tahu, bahawa dalam darah daging keturunan kita, terdapat sejarah yang mengatakan kita adalah satu bangsa yang tahan lasak, berjiwa kental, boleh hidup di mana pun di dunia! Kita tidak lemah dan bodoh, tapi kita yang diperbodohkan beratus tahun oleh penjajah yg asyik kata kita lemah, kita malas, kita bodoh. Bangunlah dan sedarlah!