Disebalik jadual yang padat menguruskan bisnes untuk terus kekal di carta Forbes, individu-individu technopreneur ini juga masing-masing mempunyai minat yang tersendiri dalam pemilihan lagu.

Menurut kajian, lagu-lagu yang disukai seseorang sedikit sebanyak turut menggambarkan jiwa dan emosi seseorang. Dalam pada itu, perbezaan IQ bukanlah sebab sesebuah lagu menjadi pilihan.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Berikut merupakan 3 pilihan lagu yang menjadi kegemaran Elon Musk, Jack Ma, dan Mark Zuckerberg

1. Elon Musk

5b234f6039a37e2b455e337b8421aa5688a098e4_2880x1620

Elon Musk mungkin antara manusia yang mempunyai visi yang paling futristik ketika ini. Membangunkan Tesla, Solar City dan Space X antara yang boleh dikatakan highlight sepanjang karier beliau. Walaubagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu Elon Musk turut mempunyai sisi klasik di dalam hidupnya.

Buktinya, lagu nyanyian Frank Sinatra bertajuk Fly Me To The Moon antara yang menjadi kegemaran beliau. Selain itu, Elon Musk turut menyukai lagu Santa Claus Is Coming To Town.

2. Jack Ma

https-blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage5891512d3b69f3-467c-421d-91c0-9d7e95440ee2

Seperti juga Elon Musk, Jack Ma turut meminati lagu Inggeris lama seperti Unchained Melody nyanyian Righteous Brothers. Namun apa yang menarik perhatian ramai baru-baru ini adalah Jack Ma telah memperagakan pakaian yang dipopularkan oleh Michael Jackson. Lebih menarik, beliau turut membawakan persembahan sebagai tribute kepada penyanyi kegemarannya.

Untuk pengetahun anda, ini bukanlah pertama kali Jack Ma bernyanyi atau menari di pentas besar. Beliau juga pernah menyanyikan lagu tema Lion King di sebuah stadium yang dikelilingi pekerjanya pada tahun 2014.

3. Mark Zuckerberg

how-mark-zuckerberg-made-it-to-the-forbes-top-10-list

Berbeza dengan Elon Musk dan Jack Ma, selera muzik Mark Zuckerberg nampaknya lebih menjurus kepada pilihan ramai generasi-Y. Pilihan lagu yang menjadi pilihan beliau juga boleh dikatakan agak baru. Lagu artis yang menjadi pilihan CEO Facebook ini adalah Daft Punk, Lady Gaga dan juga Eminem.

Beliau juga sebelum ini pernah memuat naik tweet ‘had a dream I was king. I woke up, still king’ yang dikatakan menjadi lirik kegemarannya yang dipetik daripada lagu Bad Meets Evil.

Anda Mungkin Suka