Baru-baru ini video ucapan Tahun Baru cina oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimuat naik oleh akaun Twitter @BernamaTV telah mencuri perhatian netizen.

Video berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan seekor arnab berwarna putih menjadi ‘watak utama’ di mana ia bergerak di beberapa lokasi berbeza sehinggalah bertemu dengan Perdana Menteri di satu kawasan taman, lalu dipegang oleh beliau.

Baca Juga:

Menurut netizen, video ucapan pada tahun ini ada satu kelainan kerana Perdana Menteri turut serta ‘berlakon’ secara santai.

Orang ramai turut berpendapat jika dibandingkan tahun-tahun lalu (sebelum COVID-19), Perdana Menteri hanya duduk di hadapan kamera dan membaca teks ucapan sahaja.

Bagaiamanapun ada guna sebahagian netizen berpendapat video itu nampak seperti awal tahun 90an dan kurang menarik jika hendak dibandingkan video-video yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat swasta.

https://twitter.com/Awazawawa32/status/1616076726362345480?s=20&t=cqf7S5TePfH9-euE1dSlbQ

Dalam pada itu netizen turut menegur cara Perdana Menteri memegang haiwan peliharaan yang comel itu nampak kurang selesa dan boleh menyebabkan arnab itu ‘tercekik’.

“Nanti tahun ‘Naga’ adakah Perdana Menteri akan pergi ke Tasik Chini untuk shooting dengan haiwan lagenda itu?” seloroh netizen.