Baru-baru ini video ucapan Tahun Baru cina oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimuat naik oleh akaun Twitter @BernamaTV telah mencuri perhatian netizen.
Artikel Berkaitan:
- Anwar Ibrahim Dedah Hutang Negara Termasuk Liabiliti Sudah Mencapai RM1.5 Trilion
- Soalan Mengenai Anwar Ibrahim Ditanya Dalam ‘Who Wants to Be a Millionaire’ India
- ‘Habislah Sold Out Lepas Ni’ – Netizen Terkejut Anwar Ibrahim Pakai Stokin Kedai Eco Berharga RM2.40 Sahaja
Video berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan seekor arnab berwarna putih menjadi ‘watak utama’ di mana ia bergerak di beberapa lokasi berbeza sehinggalah bertemu dengan Perdana Menteri di satu kawasan taman, lalu dipegang oleh beliau.
Perdana Menteri @anwaribrahim ucap Selamat Tahun Baharu Cina 🐰 pic.twitter.com/sh8NPP31VW
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) January 19, 2023

Menurut netizen, video ucapan pada tahun ini ada satu kelainan kerana Perdana Menteri turut serta ‘berlakon’ secara santai.
Orang ramai turut berpendapat jika dibandingkan tahun-tahun lalu (sebelum COVID-19), Perdana Menteri hanya duduk di hadapan kamera dan membaca teks ucapan sahaja.
Bagaiamanapun ada guna sebahagian netizen berpendapat video itu nampak seperti awal tahun 90an dan kurang menarik jika hendak dibandingkan video-video yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat swasta.
Terbaik video ni..xpenah PM sebelum ni buat video mcm ni..#PMX👍🏽👏🏽 https://t.co/P6WH2MXbp3
— 🇲🇾Azafizal (@Azafizal1) January 20, 2023
Ni baru betul. Kalau dulu, ah ko berdiri depan camera pastu wish. Sampai kiamat la Itu jela idea ko https://t.co/PmdUJFnIHc
— kok tau? (@jusb2much) January 19, 2023
Lain dari yg lain ye ucapannya. Selalu buat pengumuman khas slmt thun baru cina yadadada. Tgu ucapan khas raya puasa dgn raya jugak. Harap buat video mcmni jgk ye DS 😍 https://t.co/QydqxEaJI7
— iz_sya 😶🌫️ (@izsya12) January 19, 2023
Tahun depan tahu Naga ..
P tasik chini pulak lerr https://t.co/2CeExpjpGA— Yong W (@Awazawawa32) January 19, 2023
Tercekik arnab tu 😭 https://t.co/178BP9mknJ
— Caer (@msyahirrrr) January 20, 2023
Dalam pada itu netizen turut menegur cara Perdana Menteri memegang haiwan peliharaan yang comel itu nampak kurang selesa dan boleh menyebabkan arnab itu ‘tercekik’.
“Nanti tahun ‘Naga’ adakah Perdana Menteri akan pergi ke Tasik Chini untuk shooting dengan haiwan lagenda itu?” seloroh netizen.
- SUMBER
- Twitter @BernamaTV