Seperti ramai sedia maklum, beberapa lokasi di Malaysia telah dilanda bencana banjir yang sekaligus memberi kesan besar kepada orang ramai. Situasi yang berlaku turut mendesak orang ramai untuk memecah masuk pasar raya Mydin dalam mendapatkan barangan keperluan.

Tindakan yang tular tersebut turut mendapat perhatian Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin di mana memaklumkan beliau tidak menyokong tindakan tersebut namun menghalalkannya berikutan keadaan yang darurat.

Dalam pada itu, tular sebuah rakaman daripada netizen menerusi perkongsian Twitter @luqmanhkm_14 memperlihatkan segelintir individu yang dilihat mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku.

Menerusi rakaman, dapat dilihat terdapat individu yang bukan sahaja mengambil barangan makanan mengikut keperluan sebaliknya turut membawa pulang set ketuhar. Selain itu, terdapat juga beberapa individu yang membawa pulang barangan dengan bungkusan beg plastik yang besar.

Tindakan yang dilakukan segelintir individu ini secara tidak langsung membuatkan para netizen kurang senang. Menurut para netizen, meskipun pihak Mydin menghalalkan perbuatan mengambil barangan, tidak bermakna kesemua barangan perlu diambil.

Berdasarkan insiden yang berlaku, para netizen berharap situasi ini tidak lagi berlaku dalam memberi peluang untuk orang ramai mengambilnya sekadar keperluan serta mengelakkan daripada sikap mengambil kesempatan.

Ikuti ulasan pakar mateorologi mengenai bencana yang menimpa Lembah Klang baru-baru ini di mana beliau menyifatkan banjir besar yang berlaku seakan sama dengan banjir yang melanda Pantai Timur pada tahun 2014.

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang

Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Tanpa ‘Restu’ Pihak Atasan