Setiap kali tiba tahun baru, Starbucks Malaysia pastinya membawakan menu terbaru khas buat penggemar kopi. Pada kali ini, sebuah menu baru telah diperkenalkan iaitu Starbucks Chestnut Mont Blanc Latte.

Diinspirasikan dari manisan Mont Blanc, Starbucks telah berjaya mengolah menu baru mereka untuk digandingkan bersama buah berangan dan kopi latte.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menarik, Starbucks Malaysia turut menawarkan kembali iaitu Starbucks Salted Caramel Mocha Crumble selepas berjaya mendapat sambutan hangat daripada para penggemar. Jika anda seorang yang suka manisan coklat di dalam kopi anda, ini menu yang anda boleh cuba. 

Starbucks Salted Caramel Mocha Crumble

Dua menu daripada Starbucks iaitu Starbucks Chestnut Mont Blanc Latte dan Starbucks Salted Caramel Mocha Crumble boleh mula didapati di cawangan Starbucks serata Malaysia dengan harga permulaan sekitar RM17.50. Selamat mencuba!