Stress betul! Masa nak siapkan kerja bos bagi ni la masa laptop ni buat hal! Kerja guna Microsoft Word je, tapi lambat betul loading! Tak guna betul!

Pernah tak rasa situasi yang sama? Perkara biasa la tu bila laptop SLOW. Memang boleh naik darah kan. Takpe, setiap masalah ada cara nak setelkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jom belajar beberapa punca laptop boleh slow:

  1. Processor bawah 2.0 Ghz

northwood_p4_13_micron

Yang ini memang bahagian yang penting.

Cara untuk check processor laptop anda:

(Pengguna Windows)

1. Right click My Computer –> Properties

2. Tengok kat bahagian processor –> berapa GHz?

(Pengguna Macbook)

1. Click logo Apple –> About this macbook

2. Tengok bahagian processor –> Berapa GHz?

Kalau atas 2.0 GHz tapi still slow, ada masalah la tu dengan laptop awak.

Kalau bawah 2.0 GHz, saya cadangkan upgrade RAM kepada maximum.

2. Kipas laptop rosak/overheat

img_0442

Antara salah satu punca laptop overheat bila kipas dah tak function lagi.

Antara cara untuk mengesannya apabila tiada lagi kedengaran bunyi kipas atau tak rasa angin keluar kat lubang (airflow) pada laptop anda.

Saya nasihatkan hantar ke kedai untuk technician check keadaan kipas laptop anda.

3. Hard disk ada bad sector

650x488xhard-drive-head-damage.jpg.pagespeed.gp+jp+jw+pj+js+rj+rp+rw+ri+cp+md.ic.3SSImn7tOW

Cara check, biasa saya guna software Hiren. Software ni dia ada tunjuk health hard disk anda.

Kalau bawah 99% memang had disk ada masalah. Standard dah guna lebih 2 tahun, hard disk mula problem.

Saya nasihatkan cepat backup data kat external hard disk, takut total lost nanti (corrupt).

4. Virus Infected pada file

FS4F630ICID3ZVC.MEDIUM

Ni memang BEST! Virus tak kira masa berpotensi nak infected kat laptop anda.

Yang best bila terjadi file shortcut, ada keluar shortcut (1,2,3,4) dan lain-lain lagi.

Sebelum scan laptop, tolong update dulu antivirus. Dah update, baru scan.

5. Terlalu banyak program yang di install

850px-ChristineC_icons

Kalau ada software-software yang tak guna atau jarang guna, saya nasihatkan uninstall sahaja.

Sebab selalunya software-software akan membuatkan laptop anda slow dan berat.

6. Laptop tak ada antivirus

no-antivirus-in-laptop

Bila awak check ada masalah ni, tukar atau install antivirus baru.

Jangan sebab nak jimat duit, file-file habis tak dapat recover sebab virus. Tak berbaloi kan?

7. File TEMP yang terlalu besar

temp-file-cleaner_big

1. Tekan Start –> Taip Run

2. Taip &TEMP% –> Enter

3. Select all semua file, kemudian delete.

* semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah, anda boleh free space size HDD anda.

* delete semua tau! sebab buat semak je space hard disk awak.

8. Spesifikasi laptop terlalu lama

laptop

Yang ini saya tak boleh buat apa. Sebab confirm processor pun yang lama punya.

Tapi selagi tak rosak, jangan tukar laptop lagi. Pakai selagi boleh pakai.

9. Terlalu banyak startup program

CCleaner

Download CCleaner, software ini boleh disable atau delete terus startup program yang tak penting.

Bila banyak startup running, masa nak on laptop jadi SLOW.

10. RAM bawah 2 GB

samsung-2GB-Laptop-Memory-DDR3-10600

Cara check

(Pengguna Windows)
1. Right Click My Computer –> Properties

2. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB?

(Pengguna Macbook)

1. Click logo Apple –> About this macbook

2. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB

Kalau bawah 2GB, tambah RAM untuk LAJUKAN laptop awak.