Pejam celik, sudah seminggu Avengers: Endgame berada di pawagam. Endgame bukan sahaja menjadi pengakhiran kepada The Infinity Saga, tetapi juga pengakhiran buat beberapa watak utama Avengers sebelum ini.

Siapa yang akan mengetuai Avengers tanpa Iron Man dan Captain America di sisi. Seorang artis, Pablo (GrayOnSpidey) berkongsikan poster ‘fan art’ beliau di Twitter ini yang memperlihatkan kemungkinan barisan ahli Avengers baharu yang dikenali sebagai ‘New Avengers’.

78949845_826897277781450_2155897305031068250_n
HYPE
Cinta Orang Bunian Dengan Manusia Adaptasi Drama ‘Black’ Ini Bakal Buat Penonton Teruja
Baca lagi →

Walaupun Marvel Studios masih belum mengesahkan sama ada akan ada filem Avengers baharu selepas Endgame, tetapi teori peminat terhadap rotasi akan datang ahli Avengers adalah mirip poster peminat ini. Captain Marvel dilihat bakal mengetuai kumpulan ini bersama-sama Dr Strange sambil dibantu Captain America yang baharu, Sam Wilson (Falcon).

Walaupun ini hanya satu poster fan art, tetapi ramai yang menyukainya dan sedikit sebanyak memberi gambaran apa yang mungkin berlaku dalam fasa MCU di masa akan datang.

Watak mana lagi yang anda mahu muncul dalam siri New Avengers? Jika dalam versi komik, Wolverine adalah salah satu watak penting dalam New Avengers. Dengan 20th Century Fox kini di bawah Marvel, kita mungkin dapat melihat Wolverine atau mana-mana watak daripada X-Men bersama ahli Avengers tidak lama lagi.

Anda Mungkin Suka