Hanya 3 hari lagi sebelum Avengers: Endgame ditayangkan di Malaysia. Filem Endgame pastinya akan menentukan nasib setiap Avengers sama ada mereka akan terus berada dalam dunia MCU atau pun tidak.

Barisan pelakon yang membintangi Avengers sememangnya A-Lister Hollywood ketika ini. Tetapi siapa mungkin pelakon Avengers jika filem ini dihasilkan pada tahun 1990an? Menerusi video yang dihasilkan oleh What’s The Mashup? ini dapat memberi gambaran pelakon yang mungkin terlibat untuk projek Endgame ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemilian pelakon juga kami rasakan on point dengan Brad Pitt sebagai Thor, Keanu Reeves sebagai Doctor Strange, Elijah Wood sebagai Spider-Man dan Tom Cruise sebagai Iron Man. Trailer ini dijuga dihasilkan dengan mood 90an menjadikan trailer ini tampak sangat real. Pelakon 90an yang mana anda rasa patut turut muncul dalam trailer ini? Kami rasa Wesley Snipes sebagai Black Panther pasti pilihan lebih tepat.