Jika anda mempunyai Appe Watch dan tidak kisah untuk dijadikan sebagai bahan eksperimen, mungkin ini cara yang terbaik untuk anda lakukannya. Seorang pemuda yang dikenali sebagai Nick Lee telah mengubah suai sistem dalaman Apple Watch untuk dipadankan bersama sistem yang sudah hampir 2 dekad umurnya iaitu Windows 95.

windows_95_apple_watch

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Ya, Windows 95. Saya juga agak terkejut pada awalnya mengenai dua pertemuan dua teknologi yang mempunyai perbezaan jarak umur hampir 20 tahun ini. Dengan sedikit ubah suai, Appe Watch berjaya dihidupkan dengan sistem Windows 95.

Mungkin semua umum tahu tentang spesifikasi yang Apple Watch yang dijana oleh processor dan RAM  yang tinggi namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Apple Watch akan mengambil masa selama hampir 1 jam untuk sampai ke paparan destop Windows 95. Walaubagaimanapun, gabungan 2 teknologi ini tidaklah mengecewakan.

502530-windows-95-on-apple-watch

Nick Lee selaku penggodam Apple Watch bersama Windows 95 ini sedar tentang Apple Watch yang kerap matikan skrin ketika tidak digunakan dan meletakkan sebuah motor kecil untuk dipandankan pada butang Apple Watch bagi mengelakkan daripada skrin Apple Watch kerap mati.

Hasilnya, Windows 95 dapat digunakan pada Apple Watch tetapi bukanlah secara keseluruhan dan didapati beberapa aplikasi gagal untuk berjalan dengan baik. Walaubagaimanapun, saya amat kagum dengan eksperimen yang sangat cool ini. Siapa sangka dua teknologi yang mempunyai sejarah permusuhan sekian lama ini berjaya digandingkan pada sebuah jam tangan pintar.

Berikut merupakan demo Apple Watch yang menjalankan sistem operasi Windows 95:

Oh ya, anda juga mungkin tidak menyangka Apple Watch mampu menjalankan permainan PC yang sangat epik suatu ketika dahulu iaitu Doom.

Anda Mungkin Suka