Terdapat sebuah hotel kapsul baru dibuka di Tokyo yang anda boleh cuba. Ianya terletak di Ebisu, Tokyo dan hotel 8 tingkat ini bernama “℃ (Do-C)”.

Hotel-hotel kapsul terutamanya yang berdekatan kawasan yang sibuk biasanya akan menjadi pilihan terutamanya untuk orang Jepun sendiri. Kalau mereka terlepas tren terakhir untuk pulang, mereka biasanya akan menyewa hotel kapsul dan pergi kerja semula di keesokkan harinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

capsule japan hotel 1

Hotel ini adalah karya syarikat Schemata Architects yang semakin terkenal dengan hasil bangunan yang berkonsep seperti ini. Jika anda menginap di sini, anda boleh cuba sauna yang dikhaskan untuk penyewa hotel. Menjadikan hotel ini bertambah minimalis adalah tiada pintu untuk ruang mandi anda di sini.

Tetapi ini mungkin hanya di ruang mandi kawasan sauna. Pasti ada ruang mandi yang lebih privacy di setiap level. Jika anda mencari hotel yang sedikit murah untuk kawasan ini, anda boleh menempah tinggal di sini pada kadar RM280+- untuk satu malam.

℃ (Do-C) Ebisu
1-8-1 Ebisu
Shibuya-ku, Tokyo

capsule japan hotel 2

capsule japan hotel 4

capsule japan hotel 5

capsule japan hotel 6

capsule japan hotel 7

capsule japan hotel 8

capsule japan hotel 9

capsule japan hotel 10