Tahun ini seperti agak kurang video sempena Tahun Baru Cina yang dihasilkan oleh jenama terkemuka di dalam negara. Di antara iklan yang sudah kami lihat, kami yakin video daripada PLUS Malaysia adalah yang terbaik setakat ini.

Iklan ini juga mudah sahaja; tentang seorang ayah yang membawa anaknya membeli ‘Shou Xin’ (buah tangan) yang begitu banyak setiap kali Tahun Baru Cina. Biasalah anak remaja akan ‘memberontak’ dalam perkara yang mereka tidak tahu kepentingannya. Sehinggalah mereka berhenti di sebuah kedai kuih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video ini simple sahaja tetapi rasanya semua orang pasti pernah merasai perkara ini. Tahniah buat PLUS Malaysia. Jangan lupa beli ‘Shou Xin’ bila pulang ke kampung halaman nanti.