EasiSpread hadir dengan sebuah misi yang sangat mudah. Dari segi luaran, Pisau EasiSpread mungkin kelihatan hampir sama dengan pisau-pisau sapu roti yang lain.

Apa yang membezakannya atau ‘USP’ yang hadir pada EasiSpread adalah pisau ini hadir dengan pemanas pada bahagian besi membolehkan pengguna menyapu mentega atau nutella dengan lebih mudah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ES3

Fungsi yang sangat simple, mudah serta dapat menarik minat ibu dengan teknologi-teknologi baru khas untuk kegunaan dapur ini.

Pisau daripada EasiSpread ini mampu dipanaskan seawal 5 saat kepada suhu 35 darjah. ‘Heated butter knives’ atau pisau yang mempunyai fungsi yang hampir sama bukanlah sesuatu yang baru. Cumanya EasiSpread hadir dengan bilah yang boleh dibuka dan dibasuh bersama tanpa sebarang masalah.

Syarikat ini mengesahkan mereka bakal membangunkan pisau untuk memudahkan pengguna mencedok ais-krim pula selepas pelancaran EasiSpread. Syarikat ini berpendapat kegembiraan lahir disaat anda mudah untuk menyapu butter dan menikmati ais-krim dengan mudah. Cliche betul.

Setakat ini EasiSpread masih belum mula dijual secara runcit dan kempen EasiSpread bakal bermula di Kickstarter tidak lama lagi buat anda yang berminat.

https://www.youtube.com/watch?v=mSKjpKf6_II