Powerbank pada awalnya dicipta bagi memudahkan pengguna mengecas peranti mereka secara portable atau mudah alih. Dalam pada itu, seiring dengan keadaan teknologi kini, saiz dan kapasitinya juga turut berubah.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Xiaomi telah memperkenalkan powerbank 10,000mAh dengan rekabentuk yang lebih slim manakala Orico mengambil jalan yang berbeza memperkenalkan powerbank dengan kapasiti 100,000mAh. Cukup untuk mengecas iPhone anda sebanyak 50 kali.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Dikeluarkan dengan 2 kapasiti berbeza iaitu 50,000mAh dan 100,000mAh berjaya membolehkan powerbank ini menggalas tugas yang sedikit berbeza berbanding powerbank yang pernah kita lihat sebelum ini. TV, peti ais mini, laptop dan powerbank bersaiz kecil antara yang boleh dicas menggunakan Orico Moups.

Lebih menarik, powerbank ini turut menyediakan 4 port USB beserta fungsi QuickCharge 3.0 bagi membolehkan pengguna mengecas peranti dengan pantas. Mungkin disebabkan powerbank ini lebih digunakan ketika kerja outdoor, Orico turut menawarkan pengecas solar bagi mengecas powerbank besar keluaran mereka. 

Jika anda sering mencari powerbank bersaiz besar, mungkin ini powerbank yang anda perlukan. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah powerbank ini tidak sesuai untuk dibawa naik ke pesawat disebabkan kapasitinya yang terlebih besar daripada yang disyorkan.

Orico Moups mula dijual buat pasaran China dengan harga $188 (~RM817.33) buat 50,000mAh dan $290 (~RM1260.78) bagi kapasiti 100,000mAh. Harga yang agak mahal bagi sebuah powerbank berkapasiti tinggi.