Mula diperkenalkan sebagai altenatif dengan harga yang lebih rendah buat pengguna yang tidak mahu mendapatkan telefon pintar flagship daripada Apple, iPhone XR nampaknya berjaya mengumpul peminatnya serta jumlah pembeli yang ramai berdasarkan penawaran spesifikasi dan kameranya yang baik.

Pada tahun ini, berdasarkan sumber daripada MacOtakara, Apple dilaporkan bakal mengeluarkan Apple iPhone XR generasi terbaru bersama Apple iPhone 11 dan iPhone 11 Max. Dari segi spesifikasi, ketiga-tiga model ini dilaporkan bakal menggunakan cip pemprosesan terbaru daripada Apple iaitu A13 beserta 4GB RAM.

gsmarena_002

gsmarena_004

Berbeza daripada generasi sebelum ini, Apple iPhone XR keluaran tahun ini dikatakan bakal hadir dengan dua kamera pada bahagian belakang. Selain itu, warna coral dan biru bakal digantikan dengan dua warna baru iaitu hijau dan lavender.

Apple dijadualkan bakal melancarkan model Apple iPhone terbaru seawal September ini. Pastinya lebih banyak informasi bakal dikongsikan bersempena dengan hari pelancaran. Setakat ini, masih belum diketahui berapakah tanda harga yang bakal diletakkan pada model terbaru ini. Sekiranya harga diturunkan sedikit pastinya jumlah pembeli juga bakal meningkat.

Sumber