Berbaki beberapa bulan sahaja lagi memasuki tahun 2020, Samsung nampaknya kini sedang sibuk mempersiapkan pelancaran model terbaru mereka daripada siri Galaxy iaitu Samsung Galaxy S11.

Pada kali ini, Samsung sekali lagi bakal meneruskan trend yang sama dengan memperkenalkan tiga model yang terdiri daripada Samsung Galaxy S11e, Galaxy S11 dan S11+.

Bukan itu sahaja, pembaharuan yang dibawa pada kali ini juga dilihat lebih besar berbanding keluaran mereka sejak akhir-akhir ini. Berikut merupakan rekaan Samsung Galaxy S11 yang tertiris.

3-1-1440×657

Berdasarkan ura-ura yang dikongsikan, Samsung dijangka bakal menyertakan skrin SAMOLED dengan refresh rate 120Hz dimana pengguna bakal menikmati skrin dengan pergerakan yang lebih smooth. Selain itu, penawaran spesifikasi terkini dengan processor Snapdragon 865 antara yang dijangkakan.

Apa yang membuatkan orang ramai lebih teruja adalah penawaran lima kamera pada bahagian belakang. Samsung juga dijangka bakal menggunakan sensor ISOCELL 108-megapixel pada model ini menyertakan laser auto focus.

Siri Samsung Galaxy S11 dijangka bakal dilancarkan seawal Mac ini. Sekiranya anda sedang menantikan telefon pintar yang lengkap dengan segala spesifikasi, mungkin model ini antara yang boleh anda nantikan. Selain itu, pencabar terdekat mereka iaitu Huawei juga dijangka bakal memperkenalkan model terbaru daripada P-Series seawal tahun hadapan.

Kami kongsikan juga kepada anda mengapa sekarang merupakan masa terbaik untuk beralih kepada Samsung Note10. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Mengapa Sekarang Merupakan Masa Terbaik Untuk Anda Bertukar Ke Samsung Note10

5 Penambahbaikan S Pen Samsung Note10 Yang Jadikannya Lebih Gempak Berbanding Sebelum Ini