Seperti bukan rahsia lagi, Apple nampaknya hampir pasti bakal melancarkan model iPhone terbaharu dalam masa terdekat ini. Berita ini turut dinantikan ramai malah sebelum pelancaran rasmi selepas dimaklumkan model terbaharu ini bakal ditawarkan dengan harga di bawah RM2,000.

Dinamakan sebagai iPhone 9, model ini dijangka bakal menggantikan model iPhone SE yang sudah dilancarkan beberapa tahun lalu. Berdasarkan rekaan, dimaklumkan iPhone 9 bakal hadir dengan rekaan yang mirip dengan iPhone 8.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilengkapi dengan processor terkini iaitu Apple A13 Bionic seperti yang tersedia pada iPhone 11 Pro serta ditawarkan pada harga mampu milik antara yang membuatkan orang ramai teruja.

Pada kali ini akaun Twitter @apple_idesigner telah mengongsikan rekaan konsep Apple iPhone 9 yang hadir dengan beberapa warna berbeza. Dapat dilihat logo Apple diletakkan pada bahagian tengah seperti model terbaharu Apple manakala rekaan iPhone 8 dikekalkan.

ESrN4vAX0AMm50h

ESrN4uuXYAgkagx

Untuk pengetahuan, Apple menjadualkan sebuah atur cara khas bagi pelancaran iPhone 9 bersama iPad terbaharu pada 31 Mac ini walau bagaimanapun atur cara tersebut terpaksa ditangguhkan kepada sebuah tarikh yang baharu berikutan wabak coronavirus.

Melihatkan kepada ura-ura tanda harga yang bakal ditawarkan, tidak mustahil Apple iPhone 9 bakal menjadi rebutan ramai apabila mulai dilancarkan secara rasmi pada pertengahan tahun ini.

Tonton juga keupayaan iPhone 11 Pro dalam merakam video definisi 4K selama lebih 5 jam tanpa henti. Turut dikongsikan, tindakan kerajaan Jepun yang ‘menghadiahkan’ 2,000 iPhone buat penumpang kapal persiaran berikutan coronavirus.

Lihat Keupayaan iPhone 11 Pro Rakam Video Selama 5 Jam Tanpa Henti

Kerana Coronavirus, Kerajaan Jepun ‘Hadiahkan’ 2,000 iPhone Buat Penumpang Kapal Persiaran

Pelancaran Apple iPhone 9 Ditangguhkan Berikutan Wabak COVID-19