Mulai diumumkan sebagai ura-ura sejak 2018 sebagai model pengganti iPhone SE, nampaknya seperti bukan rahsia lagi Apple bakal melancarkan iPhone 9 pada tahun ini.

Apple iPhone 9 ini pastinya dinantikan ramai memandangkan Apple dijangkakan bakal menyertakan processor Apple A13 Bionic iaitu processor yang sama digunakan pada iPhone 11 Pro serta hadir dengan harga yang rendah berbanding model iPhone yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menarik, jika sebelum ini kita hanya dimaklumkan mengenai laporan dan spesifikasi yang bakal disertakan, kini Steve Hemmerstoffer daripada OnLeaks telah mengongsikan rekaan iPhone 9 dengan lebih jelas.

gsmarena_007 Dari segi rekaan, difahamkan Apple iPhone 9 bakal menggunakan kerangka iPhone 8 bagi mengekalkan ciri telefon pintar bersaiz kecil. Dalam erti kata lain, model ini bakal hadir dengan saiz skrin 4.7-inci. Fungsi TouchID antara yang tersedia pada model ini. Apple juga dijangka bakal menggunakan frosted glass atau kaca pada bahagian belakang sama seperti iPhone 11 Pro.

Seperkara lagi yang membuatkan orang ramai teruja adalah harga yang bakal ditawarkan pada model terbaru daripada Apple ini. Menurut Ming-Chi Kuo daripada Mac Rumors, Apple iPhone 9 dijangka mula ditawarkan dengan harga serendah $399 (RM1,632.47) untuk ruang storan 64GB.

Seperti juga iPhone 7 dan 8, iPhone 9 juga dimaklumkan kemungkinan bakal hadir dengan model versi ‘Plus’ yang dilengkapi dengan saiz skrin yang lebih besar.

gsmarena_008

gsmarena_005

Sekiranya Apple berjaya menawarkan model ini dengan harga pada paras di bawah RM2,000, kami yakin model ini bakal dijual dengan laris. Penawaran harga yang mampu milik, penggunaan processor terbaru serta saiznya yang mudah dipegang antara yang membuatkan orang ramai teruja untuk memilikinya.

Model terbaru iPhone ini dijangka bakal diperkenalkan kepada umum seawal Mac ini. Difahamkan model-model ini hanya ditawarkan di beberapa negara terpilih. Harapnya Malaysia dipilih sebagai antara negara yang menawarkannya melihatkan jumlah pengguna iPhone yang ramai.

Sementara menantikan Apple iPhone 9, kami kongsikan kepada anda kehebatan iPhone 11 Pro yang berjaya membuatkan orang ramai teruja.

Lihat Masjid RM100 Juta Sri Sendayan Seremban Yang Diambil Dengan iPhone 11 Pro

Tonton Kehebatan Kualiti Video Apple iPhone 11 Pro Dalam Rakaman 4K

Sumber