Apple nampaknya sekali lagi bakal meneruskan trend pada tahun lalu dengan memperkenalkan tiga model iPhone secara serentak. Berdasarkan ura-ura, difahamkan tiga model yang bakal dilancarkan pada tahun ini akan dinamakan sebagai iPhone XC, iPhone XS dan iPhone XS Max.

Dari segi spesifikasi, Apple iPhone XC bakal menggunakan paparan LCD berbanding paparan OLED serta cuma dilengkapi dengan satu kamera pada bahagian belakang. Berikut merupakan rekaan dan warna yang tertiris buat Apple iPhone XC daripada Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

DmZ0R9MXcAE6Wu2

DmZ0R7MXoAED7nV

DmZ0R7OXsAApReV

DmZ0R9NW4AAdFF2

Menyoal dari segi harga, Apple juga dikatakan bakal menawarkan iPhone XC dengan harga paling rendah berbanding dua lagi model yang bakal dilancarkan. Berdasar ura-ura, kemungkinan Apple iPhone XC bakal ditawarkan pada harga RM3,000 dan keatas. Sanggupkah anda? Sama-sama kita nantikan aturcara rasmi daripada Apple yang bakal berlangsung pada 12 September ini.