Berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum smartphone flagship terbaru Samsung daripada siri Note diperkenalkan. Nampaknya ura-ura bagi rekabentuk dan spesifikasi smartphone ini telahpun tersebar.

Terbaru, sebuah rekaan render daripada cgtrader telah memperlihatkan rekaan bagi Samsung Galaxy Note 9. Sekali pandang, nampaknya Samsung masih lagi mengekalkan rekaan yang hampir sama seperti model sebelum ini. Perletakan tempat pengimbas jari nampaknya telah diubah kepada bahagian bawah untuk mudah dicapai pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

samsung-galaxy-note-9-all-colors-3d-model-max-obj-3ds-mtl-mat (3)

samsung-galaxy-note-9-all-colors-3d-model-max-obj-3ds-mtl-mat (2) samsung-galaxy-note-9-all-colors-3d-model-max-obj-3ds-mtl-mat

Berdasarkan ura-ura, Samsung dijangkakan bakal menyertakan processor Exynos 9810 bersama 8 GB RAM. Difahamkan processor ini bakal menawarkan kepantasan dan kecekapan yang lebih baik berbanding Snapdragon 845. Selain itu, pengguna model ini dijangkakan bakal turut ditawarkan dengan ruang storan sehingga 512 GB.

Samsung Galaxy Note 9 dijangkakan bakal dilancarkan sekitar hujung Ogos 2018. Setakat ini masih rekabentuk rasmi model ini masih lagi menjadi tanda tanya sehingga dilancarkan.

Berdasarkan rancangan Samsung untuk menjadikan Samsung sebagai smartphone terpantas Android dengan harga penjualan sekitar RM4,000, adakah Samsung Galaxy Note 9 baloi untuk dimiliki?

Baca lagi: Samsung Galaxy Note 9 Bakal Menjadi Smartphone Terpantas Android

Sumber