Dengan kehadiran pelbagai ura-ura serta gambar Apple iPhone 8 beberapa bulan sebelum dilancarkan, terdapat pihak yang cuba menghasilkan replika Apple iPhone 8 dengan rekaan kaca penuh di bahagian hadapan telefon. Berdasarkan rekaan yang ditampilkan, kemungkinan kita akan lihat Apple mengumumkan smartphone pertama mereka dengan fungsi pengimbas cap jari di bahagian atas skrin.