Secara tiba-tiba, nama Keanu Reeves pula naik untuk memegang watak Wolverine dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Semuanya bermula dalam satu temubual apabila ditanya antara Batman dan Wolverine, beliau lebih suka untuk melakonkan watak Wolverine berbanding Batman dan menyatakan bahawa beliau ‘mahu’ melakonkan watak berkenaan jika diberi peluang.

Rata-rata peminat teruja dengan ‘keinginan’ Keanu dan ada juga yang tidak bersetuju. Pertama, ianya lebih baik untuk watak berkenaan hanya dilakonkan oleh Hugh Jackman. Keduanya, Keanu sudah agak berumur untuk memegang watak Wolverine. Sebagai perbandingan, usia Hugh Jackman kini 50 tahun manakala Keanu pula 54 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang peminat memberi gambaran tentang bagaimana rupa Keanu sekiranya beliau tetap diberi peluang sebagai Wolverine. Nampaknya, rupa beliau tidak kurang hebatnya jika berada dalam persalinan Wolverine!

Tetapi peratusan untuk Keanu memegang watak Wolverine adalah sangat rendah kerana faktor umur. Adalah lebih baik untuk Marvel mencari seorang yang lebih muda untuk menggantikan Hugh jika benar mereka mahu mencari pengganti. Keanu sudah mencipta legasi sendiri menerusi siri John Wick dan rasanya baik dibiarkan begitu. Apa pandangan anda selepas melihat gambar fan art ini?

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.