Sudah menjadi kewajipan buat Apple untuk memperkenalkan versi terbaru Apple iOS pada setiap tahun. Pihak Apple pada beberapa hari yang lalu turut mengesahkan Apple akan menjalankan atur cara Worldwide Developers Conference secara atas pada 22 Jun ini secara atas talian dimana iOS 14 bakal membuat diumumkan.

151381-phones-feature-ios-14-release-date-features-leaks-and-news-image1-jbvuyw7hx5
Sumber: Pocket-lint

Menerusi atur cara ini, Apple akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai apa yang terbaru mengenai iOS, iPadOS serta beberapa lagi kemas kini lain daripada jenama ini.

Melihatkan iOS 14 yang dijangka bakal dilancarkan sekitar pertengahan September, pasti ramai yang tertanya-tanya model iPhone yang manakah masih diberi sokongan daripada Apple.

iOS-14—iPadOS-14-the-rumored-list-of-compatible-iPhones-and-iPads
Sumber: phone arena

Menerusi ura-ura yang dikongsikan, Apple bakal mula menyediakan kemas kini iOS 14 buat semua pengguna iPhone SE 2016, iPhone 6s dan ke atas. Dalam erti kata lain, seperti iOS 13 juga, iPhone 6 serta model-model sebelumnya tidak lagi akan menerima kemas kini terbaru daripada Apple.

Buat anda yang tidak mahu terlepas dengan versi terbaru Apple dan masih lagi memakai model iPhone yang disebutkan, mungkin sudah tiba masanya anda beralih kepada model yang lebih baru. Apple iPhone SE 2020 mungkin pilihan buat anda yang mahukan iPhone bersaiz kecil dengan harga mampu milik.

Ura-ura mengatakan iPhone 12 bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,749 sahaja. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apple iPhone 12 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM2,749?

iPhone SE 2020 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM1,999

Dianggap ‘Rare’, iPhone 5 Menjadi Buruan Di Ebay Dengan Harga Sehingga RM3,452

Sumber