Pernahkah anda merasakan rekaan speaker di kediaman anda tidak cukup hipster dan agak membosankan. Kebanyakannya berbentuk kotak dan tidak menepati citarasa seorang yang mahukan design yang minimalis.

Kerjasama Richard Clarkson Studio dan Crealev telah mencipta sebuah speaker yang bukan sahaja mengeluarkan audio yang berkualiti malah hadir dengan rekaan yang sangat unik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menariknya mengenai speaker berbentuk ‘awan terbang’ ini selain daripada rekaannya adalah effect terapung yang ditampilkan. Meletakkan di ruang tamu pastinya membangkitkan rasa futuristik. Seperti juga piring hitam, speaker ini bakal berputar disamping terapung di atas board tersebut ketika lagu dimainkan. Cool!

Setakat ini Floating Cloud masih ditahap prototype. Walaubagaimanapun, fungsi seperti levitating cloud bakal dikekalkan. Jika anda mencari sebuah bluetooth speaker dengan rekaan yang fancy dan cool, speaker ini mungkin bakal menjadi pilihan pertama anda.

Sumber