Baru-baru ini muncul spekulasi hubungan rumah tangga Bella Astillah dan suaminya berdepan dengan masalah apabila ada yang berkongsi hal tersebut di media sosial.

Susulan itu, Bella Astillah telah mengeluarkan satu kenyataan di Instagram miliknya selepas lama berdiam diri. Dalam perkongsian terbabit, Bella bertindak menegur sesetengah pihak yang telah menggunakan kenyataan lamanya serta menyuntingnya seolah-olah penyanyi ini ada memberikan kenyataan yang baru.

Baca Juga:

Tambahnya, Bella menganggap posting-posting berkenaan sebagai satu fitnah dan dia turut menyatakan bahawa pihaknya berusaha untuk berdiam diri tetapi isu berkenaan semakin menjadi-jadi apabila dibiarkan terlalu lama.

Malah, dia turut menerima saranan orang ramai untuk mengambil tindakan undang-undang tetapi Bella menolak untuk berbuat demikian disebabkan lebih banyak perkara lain yang perlu diutamakan.

Bella turut memohon pihak terlibat untuk menghentikan segala spekulasi terhadap mereka, apabila ahli keluarga dan sahabat-sahabat di Sabah dan Singapura sering ditanya mengenai isu berkenaan.