Aktiviti menerima dan memberi rasuah adalah salah satu aktiviti yang boleh menghancurkan sesebuah organisasi dan juga negara. Malah, Malaysia jatuh ke kedudukan ke-57 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) pada tahun 2020.

Terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memuat naik iklan memaparkan aktiviti rasuah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak terlibat dengan rasuah. Menerusi iklan itu, ia memaparkan situasi di sebuah klinik dimana seorang pesakit cuba merasuah doktor demi mendapatkan sijil cuti sakit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/SPRMMalaysia/status/1478201333371256833

Dapat dilihat, pesakit tersebut menghulurkan sampul yang sipercayai ‘wang rasuah’ untuk membeli sijil cuti sakit. Iklan kesedaran berkaitan aktiviti rasuah tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan SPRM memuat naik iklan menggunakan situasi seorang pesakit merasuah doktor semata-mata mahu mendapatkan sijil cuti sakit.

https://twitter.com/shavimanutd/status/1478253146887507972?s=21

https://twitter.com/mustaphakamal93/status/1478381139157041157

https://twitter.com/mariagoo/status/1478364090921721858

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengkritik kerana tindakan tersebut tidak menghormati profesion perubatan dan juga mengatakan banyak lagi contoh boleh digunakan berdasarkan kes yang pernah berlaku.

Malah, rata-rata netizen juga berkongsi beberapa kes berkaitan rasuah yang pernah terjadi dan seharusnya itu yang menjadi konten iklan jauhi rasuah bukannya ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan iklan pada pautan di bawah ini.

‘Orang Malaysia Dah Tak Reti Bahasa Melayu Ke?’ – PPIM Tegur Iklan RapidKL Guna Bahasa Cina

Terselit Mesej ‘Makan Dalam’, Iklan Raya Ini Jadi Bualan Netizen

Mahu Ajak Jennie Blackpink Keluar Makan Malam, Lelaki Ini Sanggup Bayar Papan Iklan Berharga RM123,000