Baru-baru ini ramai betul orang bercerita tentang internet percuma yang ditawarkan oleh AirAsia. Buat anda yang belum tahu, AirAsia kini menawarkan internet dan hiburan dalam penerbangan secara percuma. Menarik bukan?

Seperti yang kita tahu, zaman sekarang ini internet memang sangat berguna. Lebih-lebih lagi semasa dalam penerbangan. Kata orang, boleh sentiasa kekal berhubung dan yang paling penting boleh hilangkan bosan dan mengantuk!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bila ada internet ini senang, banyak perkara yang boleh dibuat. Boleh buka Facebook, upload gambar di Instagram, balas Whatsapp atau semak email dan banyak lagi. Bercakap tentang internet percuma yang ditawarkan oleh AirAsia, baru-baru ini kami sudah cuba sendiri akses internet pada ketinggian 10,000 kaki di udara dan ini pengalaman yang ingin kami kongsikan.

2

Internet dan hiburan percuma

Baik, sebenarnya internet percuma ini sudah lama ditawarkan AirAsia melalui pelan ROKKI, cuma kali ini lebih menarik sebab AirAsia dan Tonton kini berkerjasama untuk berikan kepuasan hiburan yang lebih baik.

Buat pengetahuan anda, pelan internet ROKKI ini tersedia di dalam penerbangan terpilih sahaja, bukan semua. Anda boleh semak di laman web AirAsia terlebih dahulu.

3

4

Untuk dapatkan akses internet percuma di dalam penerbangan ini mudah sahaja, anda hanya perlu sambungan Wi-Fi ROKKI yang tersedia ke telefon pintar anda. Selepas Wi-Fi disambungkan, anda sudah boleh akses internet percuma dan layari laman web ROKKI di www.rokki.com.

Apa yang ada dalam pelan internet percuma ROKKI?

Ini sangat menarik, walaupun akses percuma ini terhad tetapi dijamin anda berpuas hati. Setelah layari laman web ROKKI, anda boleh menikmati beberapa hiburan yang disediakan. Antaranya ialah, menotonton filem, drama atau kartun animasi, main game, baca majalah onlione atau dengar muzik. Percuma!

Ketika cuba pelan internet ROKKI ini, kami ambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Jarak perjalanan lebih kurang 2 jam. Jadi, kami pilih untuk tengok kartun animansi Ejen Ali. Nak layan drama Istanbul Aku Datang pun boleh, ada banyak pilihan drama dan filem. Boleh dikatakan semua genre filem ada.

Bagi kami, menonton filem antara pilihan hiburan yang berbaloi untuk hilangkan bosan semasa dalam penerbangan. Tapi, kalau anda bukan kaki filem, boleh pilih untuk main game atau dengar muzik.

Serendah RM9.00

Lebih jelas lagi, dengan pelan internet ROKKI, setiap penumpang diberikan akses internet percuma untuk tonton filem, main game, dengar muzik, dan baca majalah online. Tapi kalau nak show off dengan buat live video di Instagram untuk beritahu kawan-kawan yang anda sedang berada di atas awan, anda boleh dapatkan pelan ROKKI pada harga serendah RM9.00.

Ada dua pelan yang ditawarkan ROKKI, iaitu Chats Plan dan Internet Plan. Bezanya, Chats Plan lebih kepada akses internet untuk aplikasi permesejan seperti Whatsapp atau Wechat, manakala Internet Plan pula adalah untuk layari internet seperti biasa. Tapi, kalau nak lebih jimat lebih baik anda beli sebelum waktu penerbangan. Boleh dapatkan di sini.

1

Oh ya, tentang filem dan drama, semua cerita yang ada di tonton.com.my semuanya diakses dengan internet ROKKI secara percuma. Tak perlu ada akaun Tonton pun boleh tengok. Memang betul-betul #tontonmacamvip.