Dengan harga hartanah di sekitar Lembah Klang yang meningkat setiap tahun, pembeli yang mahu membeli rumah buat kali pertama pasti merasakan sudah tiada peluang untuk membeli rumah dengan harga bawah RM300,000. Jika ada pun, pasti lokasinya agak terpencil dan jauh dari kemudahan awam seperti MRT, stesyen bas dan sebagainya.

Namun, jangan putus harapan untuk memiliki hartanah mampu milik di Lembah Klang kerana hartanah ini pasti memiliki ciri rumah idaman yang anda cari selama ini. Residensi PR1MA Kajang Utama direka bentuk dengan satu pendekatan holistic dalam mewujudkan tahap kualiti kehidupan yang lebih tinggi dalam komuniti yang sihat.

Kesemua unit dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air berkeluasan dari 904 kaki persegi. Kediaman Residensi PR1MA Kajang Utama turut menggabungkan ciri-ciri keselamatan untuk kesejahteraan dan keselesaan penghuni.

Apa lagi yang menarik tentang perumahan Residensi PR1MA Kajang Utama ini? Banyak sebenarnya. Pada kami, ini antara sebab lain mengapa Residensi PR1MA Kajang Utama adalah perumahan terbaik yang ada di pasaran pada ketika ini.

1. Rumah ini hanya 3.2 km dari MRT

etika-naik-mrt-4

Buat anda yang bekerja di tengah Kuala Lumpur seperti Bukit Bintang. Anda pasti pening kepala dengan trafik yang sentiasa sesak di sana. Sejak MRT diperkenalkan dua tahun yang lalu, ianya sedikit sebanyak memudahkan penduduk di Lembah Klang untuk pergi ke pusat bandar tanpa perlu menggunakan kenderaan sendiri lagi.

Dengan jarak hanya 3.2 km dari MRT, ini pastinya lokasi terbaik anda dan dengan menggunakan MRT, anda hanya memerlukan sekitar 30-40 minit untuk ke pusat bandar. Tambahan lagi MRT kini turut tersedia dengan pakej ‘My100’ di mana anda hanya perlu membayar hanya RM100 untuk menggunakan perkhidmatan MRT dan RapidKL selama sebulan tanpa had. Bukan sahaja anda dapat rumah, anda juga dapat jimat dengan menaiki pengangkutan awam.

2. Diskaun Eksklusif 30% jika membeli Sebelum 30 Jun 2019

Siapa sahaja yang tidak suka dengan diskaun? Sebelum 566 unit ini habis terjual, baik anda mulakan langkah. Lebih menarik apabila anda layan menerima diskaun eksklusif sebanyak 30% jika membuat pembelian sebelum 31 Jun 2019 (tertakluk pada terma & syarat). Banyak juga potongan yang diberi.

3. Tiga bilik tidur dan dua bilik air (Dari 904 – 1,119 kaki persegi)

Floor-Plan-Kajang-Utama-01

Jika anda lihat rumah di Lembah Klang yang ada di pasaran pada ketika ini, biasanya hanya rumah dengan rekaan studio (tanpa bilik atau 1 bilik) sahaja yang ditawarkan dengan harga bawah RM300,000. Tidak bagi Residensi PR1MA Kajang Utama.

Rumah yang berkeluasan 904 kaki persegi ini cukup sesuai untuk pasangan yang baharu berkahwin. Dengan 3 bilik tidur dan dua bilik, ianya sudah sangat selesa untuk didiami oleh anda sekeluarga. Kenapa perlu pilih rumah rekaan studio jika anda ada pilihan rumah yang lengkap?

4. Makan sedap di Kajang

Yang tidak pernah ke Kajang pasti tidak tahu tentang keindahan makanan yang ada di Kajang. Untuk cari makanan yang sedap sangat mudah dan banyak pilihan jika anda menetap di sini.

Di stesyen MRT sahaja anda terus boleh turun di stesyen Kajang untuk makan sate Kajang Haji Samuri. Di bandar Kajang pula, pelbagai franchise makanan ada termasuklah KFC, McDonald’s, Texas Chicken dan PappaRich. Kalau teringin makan oden, Family Mart pun sudah ada cawangan di Kajang.

5. Kenapa perlu menyewa sedangkan anda boleh beli rumah dengan fasiliti A?

Jika anda sudah malas untuk berpindah-randah rumah sewa, sudah tiba masa untuk anda settle down dan tinggal di rumah sendiri. Jika sudah berkemampuan, daripada anda membayar sewa untuk rumah yang bukan milik anda, lebih baik anda bayar bulanan rumah anda sendiri. Hati senang dan anda pun akan rasa lebih selesa.

Tambahan lagi, rumah Residensi PR1MA Kajang Utama merupakan perumahan dengan fasiliti dan berpengawal. Jadi, kelengkapan di perumahan ini pastinya lengkap di samping keselamatan anda juga akan terjaga.

Lebih menarik, kediaman Residensi PR1MA Kajang Utama ini adalah berstatus pegangan bebas dan dibina di kawasan kejiranan yang strategik dan matang. Ditambah lagi dengan akses mudah ke pelbagai rangkaian jaringan lebuh raya seperti SILK, SKVE , PLUS, LEKAS dan ELITE.

Pencarian untuk rumah mampu milik dengan harga terbaik di pasaran sudah berakhir. Tidak kisah jika anda masih bujang atau berkeluarga, kami yakin, Residensi PR1MA Kajang Utama ini adalah lokasi terbaik untuk rumah pertama anda. Untuk sebarang pertanyaan atau anda berminat untuk membuat pembelian rumah ini, anda boleh hubungi agen Residensi PR1MA Kajang Utama di sini.