Majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkemuka tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengundang buah mulut netizen. Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat beberapa individu yang didakwa merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.

Antara yang dapat dilihat di majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Lantaran itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu kenyataan rasmi di Instagram miliknya menegaskan bahawa tiada kesalahan SOP yang berlaku dimana pihaknya selaku tuan rumah telah mencuba sehabis baik memastikan majlis mengikuti SOP ditetapkan oleh kerajaan.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa tiada aktiviti rentas negeri berlaku atas urusan untuk menghadiri majlis tahnik tersebut oleh seorang pendakwah bebas yang tinggal di negeri lain. Menurutnya, pendakwah tersebut yang mempunyai urusan kerja di Kuala Lumpur bersetuju untuk hadir ke majlis tersebut disebabkan kebetulan berada di sekitar Kuala Lumpur.

Tambahnya, majlis yang dihadiri oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri jugalah bukan majlis khas seperti didakwa netizen dimana beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

Menurut Datuk Seri Siti Nurhaliza, penjelasan ini bukanlah untuk membela diri tetapi hanya mahu memberikan pencerahan kepada apa yang berlaku dan juga meminta maaf jika perkara ini menimbulkan rasa kurang senang mana-mana pihak.

Bukan itu sahaja, pihak Datuk Seri Siti Nurhaliza turut bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Wanita Ini Terkilan Hasrat Rentas Negeri Untuk Bantu Ayah Terbantut Kerana ‘Bukti Tidak Kukuh’