Sudahkah anda menonton Spider-Man: Far From Home (FFM)? Adakah anda menunggu sehingga ke saat terakhir? Jika ya, anda pasti sudah menonton dua end credit yang ada dalam FFM.

Dua end credit ini sebenarnya memberi hint kepada franchise MCU di masa datang terutamanya dalam babak kedua. Jadi apa Marvel Studios cuba sampaikan? Jika anda belum menonton FFM, jangan baca kerana terdapat spoiler dalam tulisan ini.

VS Cover New
HYPE
Victoria’s Secret Buat Jualan ‘Gila’ Sempena Black Friday
Baca lagi →

1. Identiti sebenar Spider-Man bukan lagi rahsia

Spiderman FFM 1

Jika sebelum ini Peter Parker sangat berahsia tentang beliau sebagai Spider-Man, di filem akan datang semua sudah mengenali siapa insan di sebalik topeng Spidey ini. Peminat OG Spider-Man juga teruja dengan kemunculan J. Jonah Jameson, editor Daily Bugle yang juga merupakan ‘bos’ Peter Parker dalam versi komik.

Seiring dengan teknologi dan relevan dunia internet ketika ini, jawatan beliau kini bukan lagi sebagai editor surat khabar tetapi wartawan untuk laman ‘fake news‘ di mana beliau menjadi obses dengan klip ‘pembunuhan’ Mysterio oleh Spider-Man. dalam klip berkenaan juga, Mysterio telah mendedahkan identiti sebenar Spider-Man kepada semua orang.

Filem Spider-Man dan MCU selepas ini pastinya menarik kerana orang ramai sudah pandang serong terhadap ketokohan Spider-Man. Sudahlah beliau pengganti untuk Tony Stark, kini beliau dilabel pula sebagai ‘orang jahat’. Disebabkan identiti beliau sudah terdedah, keluarga dan rakan-rakannya pasti menjadi sasaran oleh pihak musuh dan ianya pasti sukar untuk Peter.

Satu lagi, disebabkan kebolehan Spider-Man untuk memahami teknologi yang ditinggalkan oleh Tony Stark, pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Mungkinkah akan ada suit baharu Spider-Man yang lebih mirip Iron Man di masa akan datang? Dengan EDITH kembali ke tangan Peter, ada kemungkinan Peter bakal menjadi ketua dalam menjaga keamanan bumi bersama-sama Dr Strange.

2. Apa rancangan Nick Fury?

Spidey FFM Fury

Ianya satu yang di luar jangkaan apabila ‘Nick Fury’ di bumi sebenarnya adalah Talos, si bangsa Skrull yang menyamar sebagai Nick. Nick Fury dilihat sedang berada di angkasa lepas bersama bangsa Skrull yang lain sedang menuju ke destinasi yang belum dinyatakan.

Kemungkinan yang boleh dibuat berdasarkan babak ini adalah SHIELD bakal mengembangkan operasinya sehingga ke angkasa lepas. Dengan bantuan Captain Marvel, Nick Fury mungkin menjalankan misi diplomatik dengan entiti luar pula supaya perang Thanos dapat dielakkan di masa hadapan.

Babak ini kemungkinan besar adalah hint untuk filem Captain Marvel 2 di mana filem kedua Captain Marvel akan berkisarkan perang besar antara Skrull dan Kree, yang juga merupakan salah satu siri untuk komik Avengers sebelum ini.

Walaupun anda mungkin rasa dua babak end credit ini sebagai remeh, biasanya Marvel Studios tidak ambil mudah tentangnya. Pasti ada kaitan dengan filem akan datang. Jadi, apa pula pandangan atau anda untuk dua end credit ini?

Anda Mungkin Suka