Boleh dikatakan minuman teh boba merupakan antara kegemaran rakyat Malaysia dan kini kedai minuman teh boba tumbuh bak candawan.

Terbaharu, menjadi buah mulut netizen apabila video tindakan dua remaja perempuan tular di media sosial. Melalui video tersebut, dapat dilihat remaja tersebut membuang minuman teh boba mereka ke atas jalan untuk diminum oleh kucing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, tindakan mereka yang mempersoalkan keadaan boba yang mengeras sehingga tidak mampu dibersihkan oleh tukang cuci mengundang kecaman netizen. Pasti ada juga yang tertanya-tanya kenapa boba tersebut boleh mengeras sampai begitu sekali dan selamatkah untuk menikmati teh boba?

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter @ChemEngMy telah berkongsi sedikit maklumat dan penjelasan berkaitan keadaan boba itu dari sudut Sains agar boleh difahami dengan lebih mendalam.

Melalui perkongsian tersebut, boba mengandungi starch (kanji) disebabkan itu ia boleh mengeras dan mengembang apabila bercampur dengan air panas kerana molekul air akan bercampur dengan starch granule.

Malah, boba tersebut boleh mengembang disebabkan hydrogen bonding yang hanya berlaku sesama starch molecule sahaja. Apabila adanya air dan haba, hydrogen bonding mula terbentuk antara starch molecule dan juga water molecule menyebabkan ia kembang.

Selesai habis masak, water molecule akan bergerak lebih perlahan dan ada yang meninggalkan molekul starch. Maksudnya, hydrogren bonding antara sesama molekul starch akan terbentuk semula, lalu menjadikan boba itu mengecil dan menjadi keras sedikit.

Untuk pengetahuan anda, boba jarang disimpan dalam peti ais kerana akan menyebabkan molekul air keluar daripada boba lalu menyebabkan ia keras. Kebiasaanya boba akan disimpan dalam periuk pada suhu sederhana panas bagi memastikan boba tidak keras.

Malah, jika boba dipanaskan dengan suhu yang tinggi, boba akan hancur. Adakah anda sudah dapat gambaran kenapa boba dalam video tersebut mengeras?

Boba tersebut mengeras kerana terkena panas matahari yang menyebabkan molekul air daripada boba. Malah, melalui perkongsian tersebut, beliau mengatakan bahawa selamat untuk makan boba kerana perut manusia dapat mencerna starch dan gula.

Minuman boba menjadi tidak selamat kepada kesihatan apabila kita meminumnya dalam kuantiti yang banyak kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi untuk setiap gelas. Jika anda sayang kesihatan, kurangkan minum air manis dan lebihkan minum air masak.

Pastinya perkongsian ini dapat memberikan maklumat dan memahami bagaimana boba terhasil. Adakah anda tahu bagaimana teh boba boleh terhasil? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Asal Usul ‘Teh Boba’ Yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia

Resipi Boba ‘Fresh’ Viral Anda Boleh Cuba Di Rumah