Produk kecantikan, alat kosmetik, dan pelbagai suplemen kurus di pasaran yang menjanjikan kesan ‘segera’ mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna. Jadi, tidak hairanlah sekiranya pengusaha-pengusaha kecantikan mahupun selebriti berlumba-lumba memperkenalkan produk untuk memenuhi permintaan ini.

Terbaharu, tular di media sosial satu produk iaitu ‘essential oil’ atau minyak pati yang dijual oleh selebriti terkenal dikatakan mampu menurunkan berat badan dan boleh memecahkan lemak terkumpul di bahagian badan seperti perut, pinggul, lengan serta mampu mengawal nafsu makan apabila minyak pati tersebut disapukan pada kulit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun ramai yang mengatakan bahawa cara sebegitu tidak ‘logik’ dan mempersoalkan tindakan selebriti yang menjual produk tersebut kepada orang ramai. Netizen juga cuba mendapatkan jawapan daripada Dr Nur Amalina iaitu doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom.

Dr Amalina kemudian memberi jawapan terhadap persoalan mereka di Twitter miliknya. @DrAmalinaBakri menerangkan bahawa tiada bukti khusus yang menyatakan bahawa menyapu minyak tersebut secara luaran boleh mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan.

Menurut beliau, minyak tersebut mungkin boleh membantu turunkan berat badan tetapi tiada hasil kajian yang kuat untuk membuktikan keberkesanannya. Kebanyakan kajian yang dilakukan sebelum ini dijalankan terhadap haiwan dan tidak kepada manusia.

Beliau juga mengalu-alukan netizen berkongsi pendapat serta berbincang secara ilmiah di ruangan komen Twitter beliau. Di ruangan komen pula, netizen berterima kasih kepada Dr Amalina kerana memberi pencerahan berkaitan isu ini.

https://twitter.com/nramirae/status/1171353992758054912

Sebenarnya tidak salah jika anda ingin menggunakan produk-produk kurus yang dijual di pasaran tetapi anda haruslah melakukan kajian atau bertanyakan kepada pakar terlebih dahulu supaya anda tidak melakukan pembaziran ‘duit’ pada produk yang tidak dapat dibuktikan khasiatnya kepada diri.

Ini pula tips turunkan berat badan yang boleh anda ikut tanpa perlu keluarkan wang ringgit. Klik pautan dibawah.

9 Cara Ini Boleh Bantu Anda Berdiet Dengan Efektif

Lelaki Ini Kongsi Tips Diet Turunkan Berat Badan Sebanyak 31kg Dalam 67 Hari

Berat Badan Lelaki Ini Pernah Mencecah 120kg Dan Kini Bakal Sertai IRONMAN Triathlon