Cuba letakkan Husnuzon itu lebih tinggi daripada syak dan sangka.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Kenapa aku perlu “berperang” di media sosial sedangkan sekarang ini bulan yang mulia?

Tak aku cuma tulis ini hanya untuk menjelaskan dan menerangkan kepada mereka-mereka yang salah faham atau termakan dengan status viral oleh saudari Bella Azemi mengenai kononnya sekumpulan pelajar Malaysia yang katanya berbuka puasa di kedai Gosami yang katanya kedai ini menghidangkan “hidangan babi” dengan gambar-gambarnya yang yang mampu menimbul fitnah kepada kami sendiri dengan penuh dgan bulatan merah di hidangan daging babi itu sendiri tanpa menunjukkan muka kami sendiri secara terang-terangan.

Baca: Ramai Cakap Restoran Di Seoul Ini Halal Hinggalah Aku Ke Sana Dan Lihat Sendiri

Ya sekumpulan itu aku serta kawan-kawan aku. Sejujurnya kami bukan berbuka puasa di sini tp di surau kecil di Ewha Woman university dengan berbekalkan roti dan air yang dibeli di kedai runcit berhampira. Hajatnya selepas solat maghrib kat situ pastu ingin mengisi makanan berat-berat di kedai Gosami.

Ya di sini aku sertakan gambar yang ditangkap oleh puan Bella itu sendiri tanpa meminta kebenaran kami sendiri dan menutup muka-muka kami tapi masih boleh dikesan dri belakang dan terus viralkan tanpa usul periksa.

makanan-halal-di-seoul-1

Terima kasih atas simpati pihak puan. Tapi lain kali face to face la di situ. Mungkin kita boleh berbincang dengan lebih baik. At least kita boleh berkongsi pendapat. Insya Allah.

makanan-halal-di-seoul-2

Lapaq nih 17 jam bertahan daripada makan dan minum. Tengok-tengok kena fitnah pulak. Tak pa bulan Ramadhan bulan pengampunan. Minta ampun kat Allah banyak-banyak kita semua Ameen.  Menu atas meja : ikan bakar, sotong masak merah, nasi putih, ikan bilis, paling penting kimchi. Kenapa tak snap gambar makanan yang kami order kak. InsyaAllah takdak babi. Yang pi snap gambar kawan Korea order babi tu wat apa depa bukan Muslim pun.

Yang menjadi terdetik hati ini menulis status ini kerana seumpama kami ini berbuka puasa dengaan hidangan babi dan satu perkataan pun tak datang kepada kami untuk bertanya, meminta pejelasan dan menasihati kami jikalau saudari Bella itu meragui perbuatan kami masa tu. Mungkin kita boleh berbincang. Sedangkan hidangan kami jauh dari daging ayam, lembu mahu pun babi.

Gambar kedua aku sertakan gambar selfie kami sendiri dengan makanan-makanan yang telah kami order. Tapi kalau perasan di bahagian yang ditangkap oleh saudari Bella serta rakan-rakannya belum tiba disini.

Almaklum la kalau dia tiba awai sikit mesti dia sempat menghalang kami dari makan hidangan disini kan. Ewah-ewah mufti la katakan (orang Kedah cakap dia ja taw semua orang tak taw pa). Haha.

Hari tu main menu kami hanyalah ikan bakar dan sotong masak merah sahaja. Boleh diperhati betul-betul di gambar.

Disini aku sertakan statement yang aku rasa dah banyak kali kami students oversea khusus di Korea copy paste.

Untuk pencerahan kepada semua yang salah faham terhaadap pelajar-pelajar Malaysia Korea ni:

Ketika mendapat makanan yang zahirnya adalah halal, sebenarnya kita tidak digalakkan untuk bertanya mengenai detailnya. Contohnya makan ikan bakar di sebuah restoran di Korea. Kita tak payah tanya mengenai cara membakarnya, bakar sekali dengan khinzir ke, dan sebagainya.

Sememangnya hukum ikan adalah halal, dan ikan dari segala bentuknya adalah halal. Keraguan mengenai cara memasak tidak menggugurkan hukum halalnya.

Sampai ada fakta yang sohih, seperti melihat dengan kepala sendiri, atau diberitahu oleh manusia yang kita memang percayai kejujurannya. Sesungguhnya ikan adalah halal merupakan dalil yang sohih.

Sedangkan keraguan cara memasak adalah zonni (sangka). Justeru sangka tidak boleh menggugurkan hukum halalnya. Adabnya, kita cukup bertanya ala kadar, apakah menu ini mengandungi daging yang haram atau tidak.

Kalau kita tak amalkan kaedah-kaedah ini, kita akan jatuh pada syak wasangka yang melampau, sehingga mengekang kehidupan seharian. Banyak benda akan menjadi keraguan kita.

Contohnya untuk roti pizza. Sebahagian roti pizza menggunakan shortening dan emulsifier. Kita pula tidak tahu restoran atau kedai itu memakai shortening dan emulsifier jenis apa. Belum lagi keju sebagai bahan toppingnya.

Setiap produk keju, hampir semua memakai emulsifier yang tidak kita ketahui asal usulnya.

Contoh lain pula adalah spaghetti. Bahan spaghetti walaupun diperbuat dari ikan, untuk menghasilkan spaghetti yang baik, maka emulsifier atau margerin atau shortening perlu digunakan. Belum lagi dengan masak spaghetti tu sekali atau tidak dengan daging atau aisin.

Makanan lain, tempura contohnya. Nak hasilkan tempura yang elok, perlu memakai emulsifier. Sehingga produk-produk tepung tenpura itu pun mempunyai bahan dari emulsifier.

Kes yang sama juga untuk odeng. Semua ini, kalau kita hendak tanya satu persatu, yang muncul hanyalah kesulitan, kesulitan dan seterusnya kesulitan.

Jadi kalau kita terlalu fokus dan ragu-ragu terhadap sesuatu, dan berlebihan pula bertanya mengenai detail makanan, maka kita akan menghadapi banyak kesulitan.

Apatah lagi kalau kita beritahu oranng lain, membuatkan orang lain pula jatuh dalam keraguan. Lain lah jika kita mempunyai bukti yang kukuh mengenai keharaman benda itu. Jika benar kita punya bukti kukuh, maka memberitahu orang lain adalah menjadi wajib.

Jadi sikap yang perlu kita pegang dalam hal ini adalah bersederhana untuk hal-hal detail dengan berdasarkan kaedah-kaedah di atas. Dengan mengikut kaedah-kaedah yang telah digariskan, anda akan mendapat keluasan terutama ketika berinteraksi dengan muslim-muslim yang lain. Apatah lagi bila berinteraksi dengan orang yang tidak mempunyai ilmu agama langsung.

Tetapi adalah amat dilarang untuk memakai teknik yakin melulu. Biasanya orang akan kata begini,

“Alah, yakin je”

Itu sama sekali tidak benar. Berhati-hati adalah yang diketengahkan, tanya tetap menjadi keperluan. Cuma terlalu berhati-hati yang tidak digalakkan. Janganlah kita masuk kedai bukan ISLAM, kita order ramen, kemudian nampak daging, lepas tu kita kata,

“Ah, yakin je” Tanpa kita tanya itu daging apa.

Sebagaimana yang saya katakan, halal dan haram bukan perkara enteng yang boleh kita pandang dengan tutup sebelah mata sahaja. Baca di sini.

Kita bila travel cuba sedaya mungkin tengok kebesaran Allah dan ambil ibrah perjalanan kita sebanyak mungkin. Bukan hanya postkan gambar nak tunjuk kita megah mampu berjalan keliling dunia tapi pengisannya “kosong”.

Selamat beramal. Maaf salah silap. Jika tersalah boleh berhubung dengan saya di FB kita berbincang dengan cara lebih baik.

Artikel di atas disumbangkan oleh Amirussalam Aswadi. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group