Sebelum ini satu artikel Vocket berkaitan scammers luar negara melalui aplikasi telefon telah dapat menyelamatkan seorang kawan kepada kawan saya daripada terus ditipu.

Saya tahu ia adalah scam apabila kawan mangsa kongsi perbualan dalam WhatsApp antara mangsa dan scammer. Modus operandi sama seperti mana yang telah dikongsikan dalam artikel ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan kejadian itu, penting untuk sebarkan kaedah scammer kepada masyarakat agar mereka jadi lebih berhati-hati dengan segala penipuan yang begitu meyakinkan mangsa ini.

Semalam salah seorang contributer di Vocket menghubungi saya untuk kongsi pengalaman dia hampir ditipu oleh scammer yang dipercayai kaedah terbaru penipu aka scammers.

Kaedah Terbaru Scammer

Ikuti catatan dan perbualan Jagdish Singh dengan scammer ini:

Perbualan telefon dengan penipu tempatan. Mereka menggunakan taktik scamming yang baru. Menyamar sebagai kakitangan bank Hong Leong dan sebagai anggota polis, mereka akan memberi maklumat peribadi anda dan bukannya meminta maklumat anda seperti yang selalu digunakan oleh penipu lain.

Mereka boleh menyatakan nama penuh saya, nombor kad pengenalan dan alamat lengkap saya. Sila maklumkan kepada kawan-kawan anda dan keluarga anda terutamanya supaya mereka boleh berjaga-jaga sekiranya terima panggilan daripada ‘scammers’ ini kerana kenkadang cara mereka bercakap sangat meyakinkan.

Ringkasan: Terima panggilan dari 0321643939. Mereka berkata sejumlah besar transaksi telah dilakukan (RM18000) dalam sehari oleh itu mereka perlu menggantung akaun dan untuk itu mereka akan memindahkan panggilan ke jabatan polis untuk membuat laporan.

Modus operandi mereka adalah: Mereka akan tuduh mangsa membuat pengubahan wang haram dan terlibat dalam kegiatan dadah. Mereka akan menyuruh mangsa membayar wang kepada mereka kalau tak nak tindakan undang undang di ambil.

Other source (rujukan lain): http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0321643939

Respon Saya

Wah! Setelah mendengar perbualan telefon ini, ia menakutkan kerana seperti ia benar-benar real, tak fake. Jika seseorang itu tak sedar ia sedang ditipu pasti sudah terjebak dengan penipuan ini.

Ia menggunakan unsur urgency di mana mangsa perlu bertindak segera ikut arahan scammer untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Scammer akan turut memindahkan panggilan kepada pihak polis ciptaannya.

Scammer memberi nama dan nombor ID kerjanya tanpa ragu-ragu. Scammer juga tahu alamat mangsa dan menyatakan kerisauan dengan kepelikan yang berlaku pada akaun bank mangsa.

Isu yang digunakan oleh scammer sekarang ialah nama anda digunakan oleh orang lain untuk buka akaun bank dan berlaku transaksi yang pelik dan bank mahu suspend akaun itu.

Actually hal yang hampir sama pernah berlaku kepada orang yang saya kenal di mana nama digunakan oleh orang lain untuk pembiayaan bank. Dapat tahu apabila terima surat ansuran tertunggak sedangkan tidak buat apa-apa pinjaman dengan bank tersebut. Jadi, pergi terus ke bank terdekat dan buat aduan tentangnya. Ambil masa juga untuk selesaikannya.

Berbalik kepada kaedah penipuan melalui panggilan telefon, jika anda terima panggilan seperti ini, matikan panggilan dan kemudian telefon sendiri nombor rasmi urusan bank untuk tanya sendiri akan isu yang dibangkitkan oleh panggilan sebelum itu.

Kaedah penipuan melalui telefon ini telah lama berlaku dan masih ramai orang terpedaya dengan cara ini kerana kemungkinan dirinya naif dan mudah percaya dengan penipu yang pandai berlakon.

Diharap anda berhati-hati dan kongsi info ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan agar mereka tidak terkena dengan scammer.

Terima kasih Jagdish Singh kerana kongsi info ini dengan pembaca Vocket.

Anda boleh menghantar artikel kepada kami di editorial [at] thevocket.com.