Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap individu dalam memastikan setiap individu berasa selamat serta bebas daripada gangguan seksual. Meskipun pelbagai langkah dan kempen dijalankan, isu ini masih lagi berlarutan sehingga kini.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, tular sebuah video perkongsian Twitter @dane327 yang memperlihatkan seorang lelaki tua yang didakwa dengan selambanya melabelkan seorang wanita dengan kata-kata yang tidak sopan.

Lebih parah, individu yang tertera dalam video tersebut turut mengaku mengatakan ayat tersebut sambil menghisap rokok di sebuah premis makan.

Menurut pengongsi video berkenaan, individu yang dilabel oleh lelaki yang bertugas sebagai rider Shopee Food ini merupakan teman wanita beliau. Walaupun sudah dimaklumkan mengenai tindakan yang dilakukan, rider ini seolah tidak merasakan apa yang dilakukan itu salah serta mendakwa beliau tidak memarahi wanita tersebut.

Insiden yang berlaku telah membuatkan pihak perakam telah merakam wajah individu berkenaan serta motosikal yang disyaki dinaiki oleh lelaki tersebut.

Perkongsian yang dibuat menerusi Twitter dan Facebook ini telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen yang jijik dengan tindakan yang dilakukan rider ini. Malah terdapat netizen yang mahukan Shopee mengambil tindakan keras terhadap lelaki ini.

Setakat perkongsian yang dibuat tengah hari tadi, video ini telah meraih lebih 300,000 tontonan dalam tempoh yang singkat. Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja membuat para wanita berasa tidak selamat malah sekaligus menunjukkan akhlak dan adab segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

Kemas kini 11 Januari 2023: Terbaharu ShopeeFood memaklumkan telah mengambil tindakan tatatertib dengan menggantung dan meminta individu terbabit untuk melakukan latihan semula mandatori bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Menurut jurucakap ShopeeFood, perbuatan rakan penghantar makanan itu tidak boleh diterima dan bertentangan dengan polisi dan nilai syarikat.

Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian itu turut memaklumkan sedang berhubung dengan pengguna Facebook tersebut bersama pasangannnya.

Shopee dalam masa sama turut mengingatkan semua rakan penghantar tentang kod kelakuan dan akibat serius yang mungkin berlaku jika mereka gagal mematuhi piawaian perkhidmatan yang diharapkan.