Apakah yang mendorong anda untuk membeli rumah pada usia yang muda? Adakah disebabkan keperluan ataupun sebab terpengaruh dengan anak-anak muda yang berjaya beli rumah pada usia yang muda?

Pasti anda juga pernah mendengar bahawa sebuah rumah merupakan antara aset yang perlu dimiliki tidak kiralah cepat atau lambat kerana harga sebuah rumah makin lama makin naik. Malah, jika mampu membeli di usia yang muda pasti ramai yang beranggapan ia adalah satu kejayaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
rumah-pertama-3
Gambar hiasan. Sumber: Google

Anda hanya ketahui perkara yang indah tetapi realiti sebenar tidaklah begitu. Sebenarnya setelah anda membeli rumah, anda bukan hanya perlu membayar pinjaman rumah yang anda buat tetapi anda juga perlu membayar ‘penyelenggaraan’.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter Iffat Salleh telah menyarankan agar anak muda tidak tertipu dan termakan dengan hasutan untuk membeli rumah pada usia muda. Dia menyatakan pendapat tersebut setelah dia memiliki dua buah rumah dan dia meminta agar anda mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membeli rumah.

Menurutnya, setelah anda membeli rumah selain daripada anda perlu membayar hutang kepada bank, terdapat pelbagai bayaran lain yang memerlukan anda keluarkan duit komitmen bulanan. Antaranya adalah seperti bil air, bil eletrik, management fee, sinking fund, Indahwater, cukai pintu, cukai tanah, bil astro dan sebagainya.

Purata kadar anda kena sediakan untuk membayar komitmen bulanan pun bertambah. Malah, setelah anda membeli rumah pasti akan menyukarkan anda untuk berpindah.

Andai kata komuniti setempat di kawasan rumah anda tidaklah bertoleransi ataupun tidak kena dengan anda, pasti anda akan sukar untuk berpindah ke tempat lain. Selain itu, lokasi juga memainkan peranan yang penting dan kebanyakan orang beli rumah tidak semak lokasi betul-betul.

Kawasan nampak cantik, rupanya di sebelah setinggan atau bangunan cantik tetapi jauh daripada kemudahan awam. Jika salah beli, susah nak pindah dan ketika anda ingin beli, developer dan ejen hanya tunjuk sisi indah sahaja untuk jual kepada anda.

Selain itu, kredibiliti pemaju adalah penting kerana jika berlaku kerosakan apabila anda membeli rumah baru anda boleh dapatkan waranti dan kerosakan dapat diperbetulkan. Bayangkan jika sebaliknya?

Malah, jika anda bekerja tidak tetap, tidak perlulah anda membeli rumah kerana anda tidak akan duduk di kawasan tersebut buat selamanya dan mungkin anda akan dihantar ke tempat lain. Ketika itu, pasti susah anda ingin jual rumah dan anda masih perlu membayar pinjaman bank.

Adakah dengan menyewakan rumah atau buat ‘homestay’ itu mudah? Jawapannya tidak. Mungkin anda akan dapat untung mungkin juga tidak.

Jika lihat pada sisi memberi sewa kepada orang, yakinkah anda bahawa rumah tersebut akan dijaga dengan baik oleh penyewa? Semua faktor kena diambil kira.

Akhir sekali, dia mengatakan bahawa tiada salahnya membeli rumah pada usia muda. Namun golongan muda perlu lebih peka tentang sisi keburukan yang tidak ramai ceritakan kepada umum dan bijak dalam menentukan keperluan atau kehendak.

Pastinya perkongsian daripada Iffat dapat membuka sedikit mata kita akan sisi lain membeli rumah di usia yang muda. Mana tidaknya, sebelum ini ramai berpusu-pusu untuk membeli rumah di usia yang muda tetapi tidak memikirkan implikasinya.

Baca lagi: Apa Sebenarnya Yang Berlaku Mengenai Isu Pemilikan Rumah Di Malaysia

Sumber