Samsung Galaxy S8 dan S8+ nampaknya sudahpun melangkah ke bulan ketiga selepas pelancaran. Dari segi skrin dan rekabentuknya yang tampak futurisitik memang tidak dinafikan, smartphone flagship daripada Samsung ini masih lagi menjadi juara berbanding smartphone lain sedia ada.

Usaha Samsung nampaknya tidak terhenti disitu sahaja dimana mereka bakal meneruskan trend pengeluaran siri Samsung Note dengan melancarkan Samsung Galaxy Note 8.

Pada kami, Samsung Galaxy S8 sudahpun cukup baik dan kami menjangkakan Samsung Galaxy Note 8 hanya yang ditambahkan saiz skrinnya sahaja. Dalam pada itu, dikhabarkan Samsung Galaxy Note 8 bakal diberikan kuasa prestasi yang lebih dengan penyertaan RAM sehingga 6 GB.

Salah satu perkara yang mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila terdapat gambar yang mengesahkan smartphone yang bakal dikeluarkan Samsung ini hadir dengan dual-camera. Berikut merupakan antara yang tersebar setakat ini.

Perletakan sensor pengimbas jari masih lagi dikekalkan

Penyertaan ISOCELL dual-camera ini menjanjikan pengguna imej yang jelas meskipun diambil pada jarak jauh dengan kebolehan optical zoom sehingga 3x. Sensor terbaru Samsung turut diperkemaskan membolehkan pengguna mendapatkan gambar yang terang dan sharp meskipun diambil ditempat cahaya yang malap.

Bakal diumumkan pada akhir Ogos 2017 ini, smartphone ini bakal menjadi saingan terdekat Apple iPhone terbaru yang bakal dilancarkan sebulan selepas pelancaran Samsung Galaxy Note 8.

Sumber