Semestinya anda inginkan rumah yang sentiasa bersih dan kemas, bukan? Bayangkan sudah penat mengemas tiba-tiba tahi cicak pula muncul, mesti anda berasa sakit hati, bukan?

Oleh itu, kami kongsikan cara mudah dan efektif untuk anda cegah kehadiran cicak dalam rumah anda dengan menggunakan bahan di dapur anda sahaja. Ayuh kita mulakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kulit telur

egg-shell
Sumber: Maskulin

Petua ini kerap digunakan oleh nenek moyang terdahulu iaitu dengan letak atau susun kulit telur yang telah dibersihkan di kawasan atau tempat yang berpotensi menjadi laluan cicak. Anda haruslah menukar kulit telur setiap bulan.

2. Serbuk kopi

koo_Easy-Resize.com-1
Sumber: bukanaku.com

Campurkan serbuk kopi bersama tembakau yang dicincang dan gaul rata bahan-bahan tersebut. Kemudian, ambil batang mancis atau pencungkil gigi dan sapukan sedikit gam. Lekatkan adunan kopi dan tembakau tadi pada bahagian yang telah dialiskan gam kemudian letak di dalam ruang yang menjadi rumah cicak seperti almari.

3. Air sejuk

rsz_air_ais
Sumber: Ceria sihat

Sembur air sejuk pada cicak dan ia akan melumpuhkan pergerakan cicak. Apabila cicak sudah jatuh dan tidak bergerak, anda bolehlah pukul ia.

4. Sos Tabasco

tabasko_sos
Sumber: restorani

Campur sos tabaso bersama air dan masukkan ke dalam botol penyembur. Sembur belakang almari dan rak. Baunya yang tajam tidak digemari oleh serangga perosak di dalam rumah termasuk cicak dan tikus.

P/s: Jangan sembur di dinding, nanti kotor.

5. Bawang

bawang4-1-1280×720
Sumber: Perak Today

Letakkan bawang merah dan putih pada tingkap mampu mencegah cicak masuk dalam rumah. Selain digantung pada tingkap, boleh juga anda hasilkan pati bawang. Kisar bawang tersebut dan tapiskan. Sembur jusnya di kawasan laluan cicak.

Bahan-bahan yang digunakan mudah sahaja untuk didapatkan dan semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menyelesaikan masalah cicak di rumah anda.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa tip menarik yang mungkin bermanfaat untuk anda. Klik sahaja pada pautan di bawah ini.

Raih 9.6K ‘Retweet’, Ini 7 Tip Barang Basah Kekal Segar Dan Tahan Lebih Lama

6 Tip Masak Sendiri Tanpa Berpenat Di Dapur

Ini ‘Bahan Rahsia’ Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut

Sumber